Archive for 15 Oktober 2011


Insya Allah pada 27 November akan datang, kita dijangka menyambut tahun baru hijrah 1 Muharram 1433. Bagi pihak kerajaan negeri Sabah akan mengadakan sambutan rasminya pada tarikh berkenaan di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu dengan acara-acara yang sedang giat diatur. Urus setia bagi sambutan ini ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan bahagian tempat saya bertugas iaitu Bahagian Penyelidikan & Informasi menjadi urus setia dalaman.

Antara aktiviti yang sudah disusun sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1433H/2011H ialah segmen khas di radio pada 12 November, Seminar Halal Negeri Sabah pada 18 November 2011 di Dewan Saadah Wisma MUIS, Mahrajan Sastera Islam pada 25 November 2011 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Festival Marhaban, Kompang dan Nasyid pada 26 November 2011 di Dewan Saadah Wisma MUIS, Majlis Kesyukuran Akhir dan Awal Tahun pada 26 November 2011 di Masjid Negeri Sabah dan kemudian Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah pada 27 November 2011 di Dewan Saadah Wisma MUIS.

Di pihak kami, pembahagian tugas-tugas dalaman Bahagian Penyelidikan & Informasi telahpun diputuskan dalam pertemuan beberapa hari lepas. Ada yang bertindak sebagai urus setia dan penyelaras penulis rencana khas, mendraf ucapan, penyediaan hadiah, promosi, jamuan, buku aturcara, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi.

Saya diamanahkan sebagai urus setia pemilihan Anugerah Ma’al Hijrah untuk tahun ini yang merangkumi beberapa kategori iaitu Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah, Anugerah Sayyidatina Khadijah, Anugerah Khalid al-Walid, Anugerah Masjid dan Surau, Anugerah ar-Raudhah (Taman Perkuburan), Anugerah Abdul Rahman Auf dan Anugerah Khas. Saya persilakan saudara-saudara melayari web rasmi JHEAINS http://jheains.sabah.gov.my/ untuk mendapatkan borang-borang berkenaan dan menghantar kepada kami sebelum atau pada 9 November 2011 akan datang.

Kami memerlukan bantuan tuan puan, jika terdapat dalam masyarakat sebarang individu yang berkelayakan untuk diangkat menerima anugerah berkenaan agar mencalonkan tokoh berkenaan ke pihak urus setia. Mesyuarat JK Anugerah akan diadakan selepas itu untuk menilai kelayakan individu yang dicalonkan. Dalam rekod setakat ini belum ada senarai yang sampai ke meja urus setia dan selain menanti pencalonan dari pihak pejabat JHEAINS daerah-daerah, kami turut menanti cadangan dan pencalonan dari pelbagai pihak lain termasuk tuan puan pembaca blog ini.

Saya turunkan beberapa kriteria yang diperlukan.

ANUGERAH TOKOH MA’AL HIJRAH

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang beragama Islam dan telah bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 10 tahun, berumur 45 tahun ke atas;
  • Penglibatan secara langsung dalam aktiviti sosial, ekonomi dan  pendidikan di Sabah yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam di negeri ini;  dan
  • Mempunyai nilai-nilai akhlak yang baik dan terpuji dalam kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan sebagai individu muslim.

ANUGERAH SAYYIDATINA KHADIJAH (MUSLIMAH)

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang beragama Islam (muslimah) dan telah bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 10 tahun, berumur 45 tahun ke atas;
  • Penglibatan secara langsung dalam aktiviti sosial, ekonomi dan  pendidikan di Sabah yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam di negeri ini;  dan
  • Mempunyai nilai-nilai akhlak yang baik dan terpuji dalam kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan sebagai individu muslimah.

ANUGERAH MASJID DAN SURAU CEMERLANG

  • Masjid dan surau hendaklah berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah;
  • Masjid dan surau dinilai dari segi pengimarahan berterusan, mempunyai laporan aktiviti tahunan dan menjadi pusat kegiatan;
  • Masjid dan surau dinilai dari segi tahap kebersihan, keindahan dan keceraian yang berterusan;
  • Pemilihan dibahagikan kepada 4 kategori;
  • Masjid Daerah/Kampung;
  • Surau Daerah/Kampung;
  • Surau Kementerian/Jabatan/Swasta ; dan
  • Surau Sekolah/Intitusi Pengajian Tinggi
  • Masjid dan surau yang telah memenangi anugerah boleh dicalonkan untuk tahun berikutnya sehingga 3 kali kemenangan. Pencalonan boleh dibuat semula selepas  tempoh satu tahun kemenangan.

ANUGERAH KHALID AL-WALID (BELIA)

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang beragama Islam dan telah bermastautin di Sabah lebih dari 10 tahun, berumur 18 tahun hingga 40 tahun;
  • Penglibatan dan sumbangan dalam aktiviti dakwah Islamiah dan kemasyarakatan di Sabah yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam di negeri ini; dan
  • Mempunyai nilai-nilai akhlak yang baik dan terpuji dalam kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan sebagai individu muslim.

ANUGERAH ABDUL RAHMAN BIN AUF (KORPORAT)

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang beragama Islam dan telah terlibat dalam industri perkilangan, makanan dan bahan gunaan di negeri ini;
  • Usaha perniagaan pengusaha dan korporat ini tela membantu dalam pembangunan ekonomi masyarakat Islam dan negeri ini;
  • Jenis perniagaan adalah pelbagai walaubagaimanapun penghasilan produk halal dan yang telah dipersijilkan halal adalah merupakan satu kelebihan kepada calon.

ANUGERAH AR-RAUDHAH (TAMAN PERKUBURAN)

  • Taman perkuburan dinilai dari segi tahap kebersihan, keindahan yang berterusan dan teratur.
  • Taman perkuburan hendaklah berdaftar dan diwartakan sebagai tanah perkuburan Islam.
  • Taman perkuburan yang telah memenangi anugerah boleh dicalonkan untuk tahun berikutnya sehingga 3 kali kemenangan. Pencalonan boleh dibuat semula selepas tempoh satu tahun kemenangan.

ANUGERAH KHAS (NGO/ AGENSI SWASTA)

  • Sumbangan persatuan dalam pembangunan dakwah Islamiah dan ekonomi umat Islam;
  • Mempunyai struktur pentadbiran persatuan;
  • Melaksanakan aktiviti yang berterusan dan berkesinambungan.

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu. Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada. Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

“Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif. Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?” soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.  Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

“Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa,” titah baginda lagi. Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

“Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam. “Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil,” titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini. (Sumber : Harakahdaily)

%d bloggers like this: