Saya diadukan oleh seorang kawan berkenaan al-Quran kepunyaannya yang selalu dibacanya. Ia sebuah al-Quran yang cantik dan comel, dilengkapi dengan terjemahan al-Quran. Saya pernah melihat al-Quran cetakan ini dan ia mempunyai beberapa saiz, dan rupanya kebetulan saya mempunyai mashaf al-Quran cetakan ini. Hanya ada sedikit kesilapan pada cetakan ini. Ayat-ayat daripada surah al-Furqan ditulis pada awalnya sebagai surah an-Nur.

Kesilapan kedua ialah satu baris fathah daripada satu kalimah dari juzu 11 dan titik huruf yang hilang dari huruf nun. Sementara kemudiannya saya memeriksa pula al-Quran cetakan terbaru syarikat berkenaan, dan ianya sudah dibetulkan. Saya sebenarnya baru hendak mencatatkan nota untuk dibawa ke dalam mesyuarat, dan nampaknya pihak syarikat penerbit telah membetulkan. Alhamdulillah. Sememangnya memang terdapat kesilapan manusia, dan mereka mahu memperbaikinya.

Foto atas adalah nama surah yang belum dibetulkan, dan foto bawah nama surah yang sudah dibetulkan.