Archive for 8 Oktober 2011


SILAP NAMA SURAH

Saya diadukan oleh seorang kawan berkenaan al-Quran kepunyaannya yang selalu dibacanya. Ia sebuah al-Quran yang cantik dan comel, dilengkapi dengan terjemahan al-Quran. Saya pernah melihat al-Quran cetakan ini dan ia mempunyai beberapa saiz, dan rupanya kebetulan saya mempunyai mashaf al-Quran cetakan ini. Hanya ada sedikit kesilapan pada cetakan ini. Ayat-ayat daripada surah al-Furqan ditulis pada awalnya sebagai surah an-Nur.

Kesilapan kedua ialah satu baris fathah daripada satu kalimah dari juzu 11 dan titik huruf yang hilang dari huruf nun. Sementara kemudiannya saya memeriksa pula al-Quran cetakan terbaru syarikat berkenaan, dan ianya sudah dibetulkan. Saya sebenarnya baru hendak mencatatkan nota untuk dibawa ke dalam mesyuarat, dan nampaknya pihak syarikat penerbit telah membetulkan. Alhamdulillah. Sememangnya memang terdapat kesilapan manusia, dan mereka mahu memperbaikinya.

Foto atas adalah nama surah yang belum dibetulkan, dan foto bawah nama surah yang sudah dibetulkan.

Ustaz Badiuzzaman Said Nursi berjaya mempertahankan Islam di Turki melalui Risalah An Nur.

Sumber : di sini

Pucuk kepimpinan Islam pernah dipegang oleh bangsa Arab pada zaman Nabi Muhamad hingga ke zaman khalifah Ar Rasyidin, Khalifah Umaiyah dan Khalifah Abasiyah. Kemudian pucuk kepimpinan itu dipegang oleh bangsa Kurdis di bawah kepimpinan Salahuddin al Ayubi. Kemudian bertukar kepada bangsa Turki pada zaman Khalifah Uthmaniyah. Semasa zaman kegemilangannya Khalifah Uthmaniyah memerintah hampir separuh penduduk dunia. Dari Turki hingga ke Semenanjung Tanah Arab termasuk Mekah, Madinah, Mesir hingga ke Yaman dan Rantau Balkan berada di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Setelah memerintah selama 636 tahun di bawah 36 orang Sultan akhirnya pada tahun 1924 Khalifah Uthmaniyah dihapuskan. Maka bermula zaman pemerintahan sekular di Turki. Di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk undang-undang Islam digantikan dengan undang-undang barat. Azan diperintahkan dalam bahasa Turki, Masjid di tutup malah ada yang dijadikan gudang dan kandang kuda. Tidak dibenarkan membaca dan mengajar al Quran, pelajaran agama Islam di sekolah diharamkan, kaum wanita dipaksa memakai pakaian barat dan kaum lelaki dipaksa memakai topi koboi.

Masa terus berlalu dan suasana terus berubah.

Baru-baru ini kami pergi ke Turki di bawa melawat Istanbul, Bursa, Barla, Konya, Isbarta, Yozgat, Ankara dan Sanliurfa hingga ke sempadan Syria. kami melihat kebangkitan Islam yang begitu hebat di Turki. Apabila masuk waktu sembahyang maka suara azan berkumandang di seluruh masjid dan orang ramai datang sembahyang berjemaah. Kaum wanita sudah ramai yang memakai tudung dan pakaian menutup aurat. Pengajian agama di madrasah sudah dibenarkan dan kelas tahfis al Quran sudah banyak didirikan.

Islam kembali bersinar di Turki.

Islam kembali bersinar di Turki…beliau membenarkan kelas pengajian agama di masjid dan madrasah. Kelas pengajian Quran semakin banyak didirikan.

Pemandangan di sebuah masjid di Ankara…

Darshane atau Madrasah dijadikan tempat pengajian ilmu

Sudah ramai Kaum wanita yang memakai tudung boleh dilihat dimana-mana sahaja.

%d bloggers like this: