Archive for 2 Oktober 2011


Sumber : di sini

PUSAT LATIHAN DAKWAH KUDAT
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN SABAH
PETI SURAT 406, 89059 KUDAT, SABAH
NO. TELEFON (P) : 088 – 612 245 NO. FAKS : 088 – 612 242
PUSAT LATIHAN DAKWAH KUDAT merupakan sebuah institusi latihan dan pendidikan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Kursus Asas Pengajian Islam dan Dakwah.
SISTEM PENGAJIAN
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 1 tahun (2 semester) terdiri daripada Kurikulum dan Ko-Kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat Latihan JAKIM.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia berumur 18tahun hingga 25 tahun
  2. Bujang dan bersedia untuk tidak berkahwin semasa tempoh pengajian
  3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau sijil yang setaraf dengannya.
  4. Tidak menunggu mana-mana tawaran lain.
  5. Sihat tubuh badan atau tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  6. Lulus ujian temuduga
  7. Keutamaan kepada saudara baru

KEUTAMAAN

Calon-calon yang telah mengisi borang permohonan WAJIB menghadiri temuduga pada tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Sila bawa borang yang telah diisi semasa menghadiri temuduga.
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di:
  1. Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah, Aras 6, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS, Peti Surat 14725, 88854, Kota Kinabalu, di talian 088-488641 / 488642 / 488643 / 488644
  2. Pusat Latihan Dakwah Kudat di talian 088-612245, atau
  3. Pusat Latihan Dakwah Keningau di talian 087-331868, atau
  4. Pusat Latihan Islam Kundasang di talian 088-888285, atau
  5. Pusat Latihan Islam Lahad Datu di talian 089-886801, atau
  6. Pejabat Perhubungan JAKIM Tawau di talian 089-754220, atau
  7. Pejabat JHEAINS daerah yang berdekatan, atau
  8. Laman web http://www.islam.gov.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan pada 28 Oktober 2011
Untuk makluman lanjut, sila hubungi Pusat Latihan Dakwah Kudat di talian:
            Telefon      : 088-612 245
            Faks          : 088-612 242
MAKLUMAN
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 5 Disember 2011 adalah dianggap tidak berjaya.
JADUAL TEMUDUGA PENGAMBILAN PUSAT LATIHAN DAKWAH KUDAT SESI 2012 
TARIKH/MASA
DAERAH
TEMPAT TEMUDUGA
1/11/2011
(SELASA)
9.00 Pagi
Kota Marudu
Pejabat JHEAINS Kota Marudu
Pitas
Pejabat JHEAINS Pitas
Kota Belud
Pejabat JHEAINS Kota Belud
Lahad Datu
Pusat Latihan Islam Lahad Datu
Ranau/Kundasang
Pejabat JHEAINS Ranau
Keningau
PLD Keningau
2/11/2011
(RABU)
9.00 Pagi
Tungku
Pejabat JHEAINS Tungku
Papar
Pejabat JHEAINS Papar
Tuaran/Tamparuli
Pejabat JHEAINS Tuaran
Kota Kinabalu/Menggatal/Penampang
Pejabat JAKIM Cawangan Sabah
Tambunan
Pejabat JHEAINS Tambunan
Telupid
Pejabat JHEAINS Telupid
3/11/2011
(KHAMIS)
9.00 Pagi
Tawau
Pejabat JHEAINS Tawau
Tenom
Pejabat JHEAINS Tenom
Beaufort
Pejabat JHEAINS Beaufort
Tongod
Pejabat JHEAINS Tongod
4/11/2011
(JUMAAT)
9.00 Pagi
Semporna
Pejabat JHEAINS Semporna
Nabawan
Pejabat JHEAINS Nabawan
Sipitang
Pejabat JHEAINS Sipitang
Beluran
Pejabat JHEAINS Beluran
Kinabatangan
Pejabat JHEAINS Kinabatangan
Kuala Penyu/Menumbok
Pejabat JHEAINS Kuala Penyu
8/11/2011
(SELASA)
9.00 Pagi
Sook
Pejabat JHEAINS Sook
Kudat/Matunggong
PLD Kudat
Banggi
Pejabat JHEAINS Banggi
Labuan
Pejabat JAWI Labuan
Kunak
Pejabat JHEAINS Kunak

Khatib : Ustaz Haji Norazamudin Umar

Lokasi : Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Likas

Firman Allah : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar : (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.

Kematian adalah sesuatu yang pasti bagi setiap makhluk yang bernyawa. Justeru setiap hamba Allah mestilah menyiapkan dirinya untuk menemui kematian tersebut. Dari sisi yang lain, apabila mendengar dan mengetahui khabar kematian orang lain, hendaklah setiap mereka mengucapkan “”Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”, sebagai perakuan dan ketundukan bahawa kita adalah milik-Nya dan bila-bila masa akan diambil nyawa bila sahaja dikehendaki-Nya.

Mendengar kematian seseorang terutamanya saudara muslim hendaklah kita berbaik sangka dengan pemergiannya apatah lagi jika sememangnya di dalam hayatnya hidup sebagai seorang muslim yang baik, rajin menunaikan solat jamaah, berakhlak dengan akhlak yang terpuji dan seumpamanya. Justeru kita hendaklah mengambil teladan dengan kematian seseorang dengan mengambil contoh yang baik untuk diikuti. Bersedialah untuk menghadapi kematian, kerana manusia tidak  mengetahui di bumi mana dia akan meninggal dunia.

Firman Allah : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya. (Luqman : 34)

%d bloggers like this: