Archive for 22 September 2011


JAMUAN HARI RAYA @ SMUI TPHR

Pada awal pagi, saya menerima SMS langsung daripada tuan pengetua sekolah Ustaz Haji Awang Omar Pengiran Gana menjemput hadir ke majlis hari raya di tengah-tengah perkarangan sekolah. Saya kira ini pertama kali dibuat oleh pihak sekolah melibatkan guru, pelajar dan JK PIBG. Tidak ketinggalan tetamu mereka ialah pegawai-pegawai kanan JHEAINS khususnya dari Bahagian Pendidikan.

Majlisnya ringkas sahaja iaitu doa yang dipimpin oleh Ustaz Ali Aero dan kemudian majlis makan-makan. Hanya majlis bermula sedikit lewat berbanding waktu asal tetapi itu tidak menjejaskan kelancaran majlis yang dimeriahkan dengan lagu-lagu nasyid lama dendangan el-Suraya. Barangkali ini sambutan raya terakhir di sini sebelum lokasi sekolah dijangka berpindah pada awal tahun hadapan, itu pun jika tidak ada apa-apa halangan. Insya Allah.

Nikmatilah foto-foto yang sempat dirakamkan.


Ketika beliau berpindah ke Sabah tempohari, kawan-kawan saya di Selangor ada memaklumkan melalui emel. Saya sempat mengirimkan SMS ‘selamat datang’ walaupun saya tidak pernah bertemu dengan beliau sebelum itu, bahkan tidak mengenalinya pun. Ketika saya ke KL tempohari untuk urusan mesyuarat, ada para ustaz memaklumkan agar kehadiran Ustaz Haji Ahmad Zaki Arshad di Sabah dimanfaatkan bersungguh-sungguh.

Saya difahamkan oleh kawan-kawan JAKIM Sabah tentang keaktifan pengarah baru mereka. Baru beberapa hari sampai, beliau diundang ceramah di sana-sini. Bahkan beliau menerima undangan pelbagai pihak untuk ceramah, khutbah selain kerja-kerja rasmi – mesyuarat, lawatan dan rasmi acara. Saya hanya mendengar cerita-cerita menarik daripada orang lain berkenaan beliau. Saya dimaklumkan tentang pendidikan tahfiz untuk anak-anak mereka.

Apabila saya dan kawan-kawan berkesempatan berziarah ke rumahnya isnin lepas, banyak cerita-cerita kami dengar dari mulut beliau sendiri. Perancangan-perancangan dakwah di JAKIM khususnya dan kerjasama dengan agensi dan NGO Islam yang lain menjadi tajuk utama sembang kami. Begitu juga dengan pengalaman-pengalaman beliau semasa di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai KPP Dakwah buat beberapa tahun. Alhamdulillah, banyak input menarik yang boleh diterapkan dalam kerja-kerja dakwah selepas ini.

%d bloggers like this: