Archive for 12 September 2011


Buku Yang Sudah Dibaca :

Penulis : Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Penerbit : Darul Fuqaha

“Antara isu pokok yang perlu dibicarakan oleh umat Islam dewasa ini ialah ‘masa lapang’. Inilah bahaya besar yang sedang melanda umat Islam dewasa ini. Ia membuktikan wujudnya satu lompang dalam kerangka kehidupan mereka. Perkara ini diisyaratkan oleh Rasulullah SAW¬† menerusi sabda baginda :

“Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya, iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang”

Masa lapang merupakan masalah utama yang dihadapi oleh mana-mana masyarakat jahiliyyah sama ada sebelum Islam, mahupun masyarakat jahiliyyah moden abad ke-20 dan 20. Inilah punca kepada keruntuhan moral dan kerosakan akhlak mereka. Masa lapang itu akhirnya diisi dengan berbagai agenda yang matlamatnya untuk mendapatkan keseronokan.

Justeru lahirlah arak, dadah, judi, kasino, pub, disko dan segala macam hiburan yang akhirnya melahirkan masyarakat yang hanya hidup untuk mencari keseronokan . Inilah gaya hidup mereka yang kufur kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya :

“..dan orang-orang kafir, mereka berserook dan makan sebagaimana binatang ternakan makan, sedangkan nerakalah tempat kembali mereka”

Siapakah yang sebenarnya mencipta dan menyuburkan fenomena ini? Jawapan yang tidak perlu diragui ialah kemajuan dan pembangunan jahiliyyah. Ia telah membunuh kemanusiaan manusia dan menukarkan mereka menjadi alat dan mesin yang bekerja di waktu  siang, demi untuk mendapatkan harta kekayaan, dan menjadi haiwan yang berkeliaran di waktu malam, mencari keseronokan dan menghabiskan wang ringgit, sebagai imbalan penat lelah mereka sehari suntuk.

 

 

%d bloggers like this: