Archive for 9 September 2011


LAWAK MELAMPAU

Sumber : di sini

Assalamualaikum! Sahabat dan kroni sekelian, pagi telah tersebar berita palsu mengatakan Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia pada pagi ini. Berita ini adalah palsu dan gurauan yang melampau dan tidak menghormat tuan guru. Melalui blog http://wasiatpejuang.blogspot.com/ berita ini telah tersebar dengan amat cepat. Kami terpaksa menjawab panggilan yang minta pengesahan tentang berita ini.

Amat duka cita berita seperti ini menjadi bahan gurauan penulis blog tersebut. Kepada sahabat dan orang ramai, sentiasalah merujuk laman web rasi Pusat Perubatan Darussalam untuk maklumat mengenai ustaz. http://darussalam.net.my/v1/. Ataupun boleh ke Facebook Jeng!Jeng!Jeng! http://www.facebook.com/pages/JengJengJeng/134727219875275

Khatib : Ustaz Haji Abu Hurairah Abdul Rahman

Lokasi : Masjid Negeri Sabah

Berikutkan kehidupan manusia yang jahiliyyah sama ada dari segi aqidah, syariat, kemasyarakatan, pemakanan dan seluruh cara hidup, Allah SWT melalui firman-Nya di dalam al-Quran telah berjaya memberikan tunjuk ajar dan bimbingan agar hamba-hamba Allah hidup mengikut ajaran Islam yang sebenarnya serta menunjukkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan. Tempoh kehidupan yang singkat mesti diisi dengan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT serta berpandukan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

185. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah)

103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. (ali Imran)

10. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (al-Hujurat)

22. Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (Ruum)

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat)

228. …dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya), dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(al-Baqarah)

11. Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Syura)

38. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. (Qaf)

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa; 2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. “Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; 4. “Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya”. (al-Ikhlas)

3. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. .. (al-Maidah)

168. Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

188. Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

 

%d bloggers like this: