Archive for 7 September 2011


BAIKI

SOLAT

Tidak solat – mula solat

Malas solat – rajin solat

Solat sendirian – solat berjamaah

Solat akhir waktu – solat awal waktu

Solat saf belakang – solat saf hadapan

Tidak faham bacaan – belajar memahami maksud bacaan

Khayal dalam solat – belajar khusyuk dalam solat

Sekadar makmum – mula jadi muazzin atau imam

Lambat datang, awal balik – awal datang, lambat balik

Hanya solat fardhu – tambah dengan solat sunat

 

AL-QURAN

Buta Quran – celik Quran

Tiada Quran – ada Quran

Quran sekadar hiasan – Quran amalan harian

Rajin baca suratkhabar – rajin baca Quran

Bacaan bermusim – bacaan harian

Baca lintang pukang – baca bertajwid

Baca untuk bertanding – baca untuk amal

Baca ketika susah dan terdesak – baca ketika susah dan senang

Baca Quran tanpa wudhu’ – baca Quran dengan wudhu’

Tidak faham makna – belajar faham makna

 

sila tambah kepada amal ibadah yang lain – seperti puasa, menutup aurat, bersedekah, dan sebagainya.

Tengah malam, pulang dari tengah bandaraya Kota Kinabalu. Saya lihat cermin sisi, tiada kenderaan di belakang. Saya memberhentikan kereta sebentar, merakam foto dengan telefon bimbit. Lokasinya di jalan pantai, berhadapan Sutera Habour dan Grace Ville.

Saya tidak sempat membilang jumlah lampu-lampu indah berwarna biru yang bergantungan di setiap pokok pembahagi jalan. Hanya terbayang di benak saya, berapa kos pembelian dan pemasangan setiap satu dan berapa pula bil elektrik yang dibayar oleh pihak berkuasa tempatan kepada SESB. Pemasangan lampu berjuntaian di pokok-pokok ini memang cantik, tetapi pada pandangan saya ia bukanlah satu keutamaan jika dibandingkan keperluan tenaga elektrik di tempat-tempat lain.

Bukan satu rahsia, masih banyak jalan-jalan yang kegelapan saban malam. Oleh kerana saya semakin kurang berjalan ke pedalaman dan daerah-daerah,  saya mencatat ini dalam konteks jalan-jalanraya sekitar Pantai Barat Sabah yang masih banyak tidak di pasang lampu-lampu jalan (termasuk kuasa elektriknya). Saya belum menyebut keadaan di Pekan Sook, Pitas, Beluran, atau di Pulau Sebatik (mungkin baik atau sebaliknya). Sesungguhnya kita semua Рterutama  mereka yang terlibat Рakan disoal oleh Allah SWT tentang amanah yang dipikul di pundak masing-masing.

Maka ia termasuklah soal penggunaan duit dan harta rakyat, di mana ia diperolehi dan ke mana ia disalurkan. Tidak terkecuali, lampu-lampu jalan yang berjuntaian di sekitar jalanraya di Bandaraya Kota Kinabalu.

%d bloggers like this: