Archive for 4 September 2011


MUSIM LELAKI?

Firman Allah SWT : Milik Allah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa-apa yang disukai-Nya, Dia menganugerahkan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga boleh menganugerahkan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya – anak-anak lelaki dan perempuan; dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakinya, mandul. Sesunguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. (asy-Syura : 49-50)

Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang memberikan nikmat kehidupan berkeluarga dan beranak pinak sehingga dengannya kita berpeluang untuk melakukan kebaikan di dalamnya. Dengan zuriat keturunan yang ada, kita berpeluang mengatur kehidupan, menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar di bawah kekuasaan dan kemampuan yang ada.

Kita mungkin tidak mampu memerintah orang lain kerana kita tidak berkuasa terhadap orang lain, dalam masa yang sama tidak semua orang mampu mengajar atau menjadi guru kepada orang lain; tetapi jika kita mempunyai zuriat keturunan, kita berpeluang mengajar isteri dan anak-anak tentang iman dan islam serta ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Indahnya dapat mengajar anak-anak mengenal Allah, Rasulullah dan mengajar mereka tentang solat, puasa serta adab-adab dan akhlak Islam.

Bagaimana cara makan, minum, berpakaian, melangkah, buang air, adab di hadapan ibu bapa, rakan-rakan, guru atau orang yang lebih tua daripada mereka. Mengajar mereka tentang zikir tahlil, tasbih, tahmid, takbir, doa-doa, solawat, dan bermacam-macam lagi. Semua ini Allah kurniakan dengan penuh nikmat, kita berpeluang mengumpul pahala, atas ilmu yang kita ajar. Bagaimana pula sesudah anak-anak ini besar, mereka mengajar pula ilmu berkenaan kepada anak-anak mereka dan seterusnya… bukankah kita mendapat saham yang sama.

Jadikan anak-anak ini sebagai jambatan kita menuju ke syurga, bukannya menjadi hambatan dan mengheret kita ke lubang neraka.

****

Sahabat kami Ustaz Ezry Mokhtar (SMK Tebobon) dan isteri Ustazah Aisyah (SMK Bandaraya) dikurniakan cahayamata lelaki pada 1 Ramadhan lalu. Kami juga dikurniakan anak lelaki pada 17 Ramadhan. Ustaz Ahmad Nasir Harun (SK Putatan) dianugerahkan anak lelaki pada 19 Ramadhan. Ustaz Mohd Jumat Abd Razak albelurani (Pejabat Mufti Negeri Sabah) menimang cahayamata lelaki pada 27 Ramadhan. Khabarnya, sahabat saya Sdr Hishamuddin (PTPL) dan isteri Puan Norbety Ramli – menurut scan doktor – dijangka melahirkan anak lelaki dalam tempoh terdekat.

Anak lelaki atau perempuan, kedua-keduanya anugerah Allah dan menjadi ujian kepada orang tuanya, sama ada kehadiran anak itu dapat mendekatkan diri ibu bapa kepada Islam atau semakin menjauhkannya. Anak yang lahir adalah fitrah Islam, kedua ibu bapa yang mencoraknya. Walaubagaimanapun, tahniah kepada sahabat-sahabat yang dikurniakan anak atau bakal menimang cahayamata.

“Wahai orang-orang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu (berhala); neraka itu dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”

Sumber : http://www.ustazamin.com/

Cara menentukan awal bulan di Malaysia adalah dengan 3 kaedah iaitu :-

1. Melihat anak  bulan

2. Hisab (kira-kira)

3. Dengan gabungan kedua-dua di atas

Cara melihat anak bulan di Malaysia pula cukup canggih dengan menggunakan teropong berteknologi tinggi, dengan sela-sela masa tertentu dan bacaan kordinat tertentu.


1 Ogos 2o11, di negara China, melihat anak bulan akan diketuai oleh Imam masjid. Cara yang digunakan hanyalah satu cara iaitu melihat dengan mata dan tidak menggunakan hisab (kira-kira). Dan yang menariknya, mereka Orang Islam di Xi’an melihat anak bulan hanya dengan mata dan teropong. Mereka akan berkumpul beramai-ramai di masjid dan melihat beramai-ramai. Apa yang menarik ialah malam tersebut, nampak anak bulan. Mereka akan menjerit dengan gembira “Chilali- Chilali (anak bulan-anak bulan) sebenarnya ia dari bahasa Arab iaitu “Hilali”

Malam ini, pekerja Islam di mana-mana akan memakai tudung sebagai menghormati bulan Ramadhan. Ini adalah jurugambar bersama kami, senyum sampai telinga di sisi Muslimah China.. barangkali, macam nilah senyuman orang isteri lebih.. 🙂

%d bloggers like this: