Archive for 24 Ogos 2011


SIAPA UBAYY KA’AB

KENAPA KAMI MEMILIH NAMANYA?

Dia adalah Ibnu Qais, pemimpin ahli al-Qur`an, Abu al-Mundzir al-Anshari, an-Najjari, al-Madani al-Muqri‘, al-Badari, yang juga digelar dengan Abu ath-Thufail. Dia sempat mengikuti perjanjian Aqabah dan perang Badar, mengumpulkan Al-Qur`an pada masa Nabi SAW, belajar langsung dari Nabi SAW, menghafal banyak ilmu yang penuh berkat, dan sosok ulama yang suka beramal.

Anas berkata, “Nabi SAW pernah berkata kepada Ubai bin Ka’ab, ‘Allah menyuruhku agar mengajarimu membaca Al Qur`an’. Ubai bin Ka’ab berkata, ‘Apakah Allah menyebutkan namaku kepadamu?’ Rasulullah menjawab, ‘Ya’. Dia bertanya lagi, ‘Apakah namaku juga di sebut di sisi Tuhan penguasa alam?’ Dia menjawab, ‘Ya’. Setelah itu kedua matanya memgeluarkan air mata. Ketika Nabi SAW bertanya kepada Ubai bin Ka’ab tentang ayat Al Qur`an yang paling agung, ia menjawab, ‘Allaahu laa ilaaha illaa huwa al hayyu al qayyum’. (Qs. Al Baqarah [2]: 255) Nabi SAW kemudian memukul dadanya seraya bersabda, ‘Betapa luasnya ilmumu wahai Abu Mundzir’.”

Anas bin Malik berkata, “Al Qur`an dikumpulkan pada masa Rasulullah SAW oleh empat orang sahabat yang semuanya berasal dari kaum Anshar, yaitu Ubai bin Ka’ab, Mu’adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, dan Abu Zaid.” Anas berkata, “Rasulullah SAW bersabda : “Umatku yang paling pandai membaca Al Qur`an adalah Ubai bin Ka’ab’.”

Diriwayatkan dari Ashim dari Zirr, dia berkata, “Ketika datang ke Madinah, aku menemui Ubai. Aku berkata, ‘Semoga Allah merahmatimu, bersikap baiklah kepadaku!’ —ketika itu dia seorang lelaki yang memiliki pekerti yang buruk— setelah itu aku bertanya kepadanya tentang malam Lailatul Qadar. Dia menjawab, ‘Iaitu malam kedua puluh tujuh’.” Diriwayatkan dari Ubai, dia berkata, “Kami biasa mengkhatamkan Al Qur`an dalam hitungan lapan malam.” Ma’mar berkata, “Semua ilmu Ibnu Abbas diambil dari tiga orang, Umar, Ali, dan Ubai.”

Ubai bin Ka’ab meninggal dunia pada masa kekhalifahan Umar RA. Diriwayatkan dari Al Hasan, bahawa Umar bin Khattab pernah menyuruh orang-orang agar shalat berjamaah bersama Ubai pada bulan Ramadhan. Dia kemudian shalat bersama mereka sebanyak dua puluh rakaat.

(Petikan Kitab Siyar A’lam an-Nubala’)

***

Wahai anakanda, kami namakan kamu dengan apa yang dinamakan oleh Allah SWT : MUHAMMAD UBAYY KA’AB. Mudah-mudahan nama ini serasi dengan dirimu dan membawa kebaikan dalam seluruh kehidupanmu di dunia dan akhirat. Muhammad Ubayy dilahirkan pada 17 Ramadhan 1432H – satu tarikh yang dianggap oleh para ulama dan muarrikhun sebagai tarikh berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran iaitu turunnya al-Quran dari Lauh Mahfuz ke langit dunia.

Mengingatkan peristiwa turun al-Quran inilah, nama Ubayy yang kami impikan (bertepatan pula dengan doa kami tarikh kelahirannya), sebagai salah seorang penulis wahyu Rasulullah SAW, diiktiraf pula kepakarannya dalam hal al-Quran oleh baginda sendiri, maka kami memilih nama itu kepada dirinya.

Sebelah malam selepas solat tarawih dan witir diadakan majlis ringkas penyampaian sumbangan beras kepada 40 penerima di Masjid Nurul Iman Kg Pasir Putih Putatan. Majlis penyampaian dilakukan sendiri oleh pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) Sabah Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim bersama Pengerusi JK Masjid Nurul Iman Tuan Haji Matin Datuk Imam Pandin.

Sebenarnya kami sangat bertuah apabila menggerakkan PUM Sabah, meski banyak programnya didukung oleh orang muda, Ustaz Haji Muchlish banyak memberikan peranannya tersendiri terutama nasihat, bimbingan dan cadangan. Sesetengah program seperti ‘sekampit beras’ ini sendiri diadakan menerusi cadangan SMS saja dan ia terus direstui oleh beliau. Maka kamilah beberapa tenaga muda menggerakkannya melalui kuliah, blog dan facebook. Tidak ketinggalan iklan-iklan lewat beberapa masjid dan surau. Ustaz juga membantu promosi melalui ceramah dan kuliah yang disampaikannya di sana sini.

Namun demikian setiap pergerakan dan sumbangan yang diterima semuanya dimaklumkan dan berada dalam pengetahuan Ustaz Haji Muchlish sendiri. Masjid-masjid pula banyak memberikan sokongan dan kerjasama terutama sebagai tuan rumah dan menyediakan senarai penerima. Dalam kes di Masjid Kg Pasir Putih ini, orang perantaraannya ialah Ustaz Mohd Sabri Ibrahim dan Ustaz Muchlish sendiri memantau kelicinan programnya.

Sesuatu yang menyayat hati kami ialah pada malam penyerahan sumbangan berkenaan, ada seorang penerima tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Maka sumbangan beras itu diterima bagi pihaknya oleh orang lain, dan khabarnya disampaikan ke rumahnya pada malam itu juga. Penerima sebenar sempat mengetahui namanya tersenarai sebagai penerima dan mengetahui sekampit beras berkenaan sampai ke rumahnya.

Pada keesokan paginya kami mendapat maklum beliau berkenaan meninggal dunia. Beliau dikhabarkan adalah seorang jamaah masjid yang sangat komited solat berjamaah meskipun dalam keadaan bertongkat dan uzur. Hanya barangkali malam berkenaan beliau benar-benar tidak dapat hadir. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruh Allahyarham dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

%d bloggers like this: