Archive for 18 Ogos 2011


MENYUNGKAI DI SHANGRI-LA

Setinggi penghargaan buat Chef Abdullah Ahmad, chef di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya yang membelanja kami makan berbuka puasa petang tadi di sana. Beliau adalah juga AJK Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah yang sentiasa memberikan komitmen dalam tugas-tugas kesukarelawanan khususnya dalam menjayakan aktiviti syukbah dakwah yang dipengerusikan oleh Ustaz Haji Muchlish.

Ustaz Muchlish dan Ustazah Elfi sendiri hadir bersama ramai AJK dan beberapa jamaah Masjid Negeri, rakan-rakan beberapa Darussyifa’ Sabah. Saya sendiri tiba ketika azan sedang berkumandang. Zaman ‘kegemilangan’ di Istana dahulu memang agak kepuasan saya bersungkai di banyak hotel mewah dan terkenal di sekitar Kota Kinabalu kerana mengiringi rombongan TYT Tun. Selepas berpindah, bukan tiada yang mengundang bersungkai di hotel, tapi saya sendiri yang keberatan dan lebih selesa berbuka di rumah.

Kata Chef Abdullah, harga makan untuk seorang ialah RM55.++ sahaja untuk dewasa. Oleh kerana saya datang sendirian kerana isteri baru bersalin, insya Allah saya akan datang semula untuk membawa keluarga berbuka di sini sebelum hari raya menjelang. Ia menjadi salah satu hadiah untuk anak-anak khususnya Nuha, Hana dan Hadi yang berhempas pulas berpuasa tahun ini.

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

mohamadridzuan@hmetro.com.my

MENATAP sekali imbas pun, peminat sudah kenal empat jejaka ini. Siapa yang tidak ingat populariti Amer Munawer dan Azan bersama Ruffedge, Pot bersama Innuendo serta Lah dan Zaff bersama VE. Masing-masing sudah berjaya mencipta kelompok peminat tersendiri ketika era gemilang kumpulan vokal tempatan pada pertengahan 1990-an dan 2000.

Agak lama mendiamkan diri, anggota kumpulan yang pernah menjadi fenomena ini muncul kembali. Hidayah datang dalam pelbagai bentuk. Inilah yang berlaku kerana kemunculan mereka kali ini mereka berbaju Melayu, berpelekat serta senada menggunakan nama Al Mawlid. Konsep lagu yang dibawakan juga berbeza kerana tiada lagi lagu berentak pop dan hip hop sebaliknya bertukar dengan lagu memuji keagungan Allah Taala dan keperibadian junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kata Amer, penghijrahan mereka terjadi daripada satu pertemuan yang begitu istimewa. Mereka berkawan baik sejak dulu dan bergerak atas landasan muzik masing-masing. Bagaimanapun, siapa sangka mereka dipertemukan semula dengan satu idea penggabungan.

“Kebetulan kami belajar agama di satu tempat. Jadi kami merancang berikan sesuatu yang berguna buat masyarakat. Sebelum itu, kami rujuk dulu kepada guru sama ada sisa-sisa bakat ini boleh digunakan untuk membawa mesej kepada peminat. Dia tak melarang dan anggap peluang yang Allah berikan ini perlu digunakan untuk menyampaikan syiar Islam. Lagu yang kami sampaikan seakan-akan berqasidah,” kata Amer yang pernah menghasilkan album mini berjudul Seluruh Mahabbah.

Amer mengakui tergerak hati untuk berhijrah ketika bersama Ruffedge lagi. Selepas keluar, dia mengikuti kelas Talaqi di Madrasah An Nur, Lembah Pantai yang kini diikuti anggota lain. Mereka juga belajar agama di Surau Al Hidayah, AU5 Keramat. Di bawah konsep Majlis Ta’lim Darul Murtadza, mereka belajar tafsir al-Quran, hadis (kitab Riyadussolihin), fiqah (kitab Safinatunnajah) dan tasauf.

“Bertalaqi adalah cara pelajaran apabila kami buka kitab depan guru al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid. Saya sudah dua tahun mengikutinya. Di situlah saya berjumpa Azan semula,” katanya. Azan pula berkata, perubahan sikapnya berlaku apabila mengkaji sebab sesuatu kejadian. Apabila perancangan untuk album gagal, dia mula meneliti sebabnya. Akhirnya dia mendapat jawapan daripada Tuhan untuk berubah. Zaf mengakui jiwanya sudah lama kosong dan mahu mengisinya kerana niat mahu berkahwin. Selepas berkahwin, dia keluar daripada VE, namun masih terasa kosong.

“Akhirnya saya terjumpa Amer dan apabila dia bercerita pengalamannya, hati saya terasa sebak dan terus mendalami agama,” katanya.

Situasi sama dilalui oleh Lah. Selama dua tahun dia berdoa meminta Allah menunjukkan jalan yang benar kerana banyak melakukan kesilapan. Dia akhirnya berjumpa Pot yang sememangnya sudah lama mengorak langkah ke arah itu. Uniknya, Al Mawlid secara rasmi bergabung pada 1 Muharram 1432H sempena pelancaran TV AlHijrah yang dilancarkan Perdana Menteri.  Di situ mereka menyanyikan lagu Belaian Jiwa yang diubah kepada Belaian Jiwa 1432H. Selepas itu mereka terbabit dalam program Kuala Lumpur Berselawat pada 10 dan 11 Disember.

Bercakap mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, Amer berkata jadual sudah penuh dengan kelas pengajian. Apatah lagi sumber rezeki mereka bukannya daripada nyanyian semata-mata sebaliknya diperoleh menerusi sumber lain. Al Mawlid kini sudah ada tiga lagu.

“Setiap kami ada lagu masing-masing, tapi diselitkan dalam album Al Mawlid. Saya ada lagu Cahaya Seluruh Alam manakala Pot dengan lagu Belaian Jiwa 1432H.”

%d bloggers like this: