Archive for 8 Ogos 2011


IHTISABAN

Satu contoh kes mudah.

Beberapa hari lepas saya solat isyak dan tarawih di sebuah masjid dalam daerah Putatan. Kebetulan kawasan parkirnya tidak begitu banyak. Oleh kerana saya terlambat dan solat isyak sudah dimulakan, saya terpaksa parkirkan kereta dengan menghalang beberapa buah kereta orang lain, dan kereta saya juga dihalang oleh sebuah kereta lain yang datang di belakang.

Saya merancang dan berharap benar dapat ikut solat tarawih 20 rakaat, tapi selepas 8 rakaat saya keluar sekejap untuk alihkan kereta, kalau-kalau kereta-kereta yang lain pemiliknya datang dan mau balik. Saya perhati, ada dua orang pemandu kereta yang sudah menunggu dalam kereta masing-masing untuk bergerak keluar pulang, tapi tidak boleh keluar kerana dihalang oleh kereta saya dan sebuah kereta teksi lain di belakang kereta saya.

Baik.

Salah seorang pemandu tu menanti sambil bercerita-cerita dengan kawannya, merokok dan melepak di luar menunggu pemandu teksi datang. Seorang pemandu lagi, bila dia melihat keretanya tidak boleh keluar, dia masuk balik dalam masjid dan sambung solat tarawih sampai habis witir dan doa. Saya juga masuk semula sambung solat tarawih sampai habis.

Pemandu pertama, sanggup menunggu dan tunggu di kereta sambil merokok walaupun keretanya tidak boleh keluar kerana dihalang oleh kereta lain. Pemandu kedua, dia pun tau juga keretanya tidak boleh keluar, dia mengisi masanya dengan ikut solat tarawih berjamaah. Saya ingin kaitkan dengan hadith masyhur berkenaan ramadhan yang menceritakan tentang pengharapan orang yang berpuasa dan beribadah dalam ramadhan. Nabi SAW kata :

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang mendirikan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.

Pengharapan itu timbul dan wujud apabila ada amalan dan praktikal ibadahnya. Ia bukan satu angan-angan atau sekadar kita berdiam diri lalu mengharapkan pahala ganjaran dan keampunan Allah SWT. Dalam contoh kes tadi, pemandu kedua telah bertindak betul dengan kembali masuk ke masjid untuk menyambung ibadahnya kepada Allah. Semoga dalam Ramadhan ini dan seluruh kehidupan, kita sentiasa mengambil keputusan dan tindakan yang betul untuk mendapat ridha Allah SWT. Wallahu a’lam.

Sedutan tazkirah Ihya Ramadhan di Sabah FM.

Penyusun : Othman Ramli

Penerbit : Sarjana Media

Harga : RM35.00

Suatu masa Juha telah mendengar seorang pemuda yang berkata dengan penuh angkuh: “Sesungguhnya aku seorang yang bijak, sepanjang hidupku tidak pernah sekalipun aku ditipu, dan aku mencabar sesiapa sahaja di sini yang dapat menipuku.”

Juha lalu bertemu pemuda itu lalu berkata: “Wahai pemuda yang bijak, aku mahu menyahut cabaranmu tetapi aku harap engkau tunggu sebentar kerana aku mahu pulang sekejap ke rumah” Juha lalu pergi meninggalkan pemuda tersebut. Pemuda yang angkuh itu terus menunggu kedatangan Juha untuk menyahut cabarannya.

Setelah dua jam kemudian, datanglah seorang lelaki yang lain lalu bertanya kepadanya: “Wahai kawanku, kenapa kamu berdiri di sini?”

“Aku sedang menunggu Juha yang pulang ke rumahnya tadi, dia telah menyahut cabaran untuk menipuku.” kata pemuda itu tanpa mengetahui keadaan sebenarnya.

Mendengarkan kata-kata pemuda itu, kawannya langsung ketawa sambil berkata: “Hari ini kamu telah kalah, sebenarnya kamu telah ditipunya.”

***

Juha terkenal sebagai seorang yang pintar, alim, bijak bersyair, dihormati masyarakat dan juga oleh pemerintah walaupun dia tidaklah memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Dia digambarkan seorang ulama dan tokoh masyarakat, namun pada masa yang sama juga dia adalah seorang pelawak yang amat disenangi humornya oleh mereka yang mengenalinya.

Penulis lalu mengumpulkan kisah-kisah Juha yang lucu ini. Namun di dalam jenakaya itu tetap mempunyai nilai-nilai mulia untuk dipersembahkan kepada semua pembaca. Kisah-kisahnya jenaka teladan ini juga dirombak semula berdasarkan kisah asal bertujuan untuk lebih memuliakan tokoh ini. Kisahnya juga dipersembahkan dengan lebih segar di samping iustrasi berwarna yang menarik. Di samping bergelak ketawa dengan humor Juha ini, dapatlah kiranya kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada teladan yang boleh didapati daripadanya.

%d bloggers like this: