Selepas asar 31 Julai, hanya beberapa jam sebelum Ramadhan menjelang, kami membuat sedikit kenduri ringkas untuk dua anakanda, Nuha Wafiyyah dan Aina’ Salsabila. Nuha menyambut ulangtahun ke-8 pada 3 Ogos dan Aina ulangtahun ke-2 pada 30 Julai. Yang hadir ialah kalangan keluarga terdekat disamping 7 orang puteri-puteri kami dari Maahad Tahfiz al-Quran memenuhi undangan kami sekeluarga.

Tema majlis tempohari ialah Upin Ipin, di mana poster besar (sebenarnya tikar yang baru dibeli pada pagi di tamu Putatan) kami tampal di belakang / dinding menjadi latar majlis berkenaan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan mudah-mudahan keluarga kami mendapat rahmat Allah SWT serta dijauhkan daripada bala bencana. Nuha sendiri sudah boleh membantu kami dalam buat kerja-kerja asas di rumah.