Archive for 2 Ogos 2011


Khatib : (Tidak dikenali)

Lokasi : Masjid Qaryah Teluk Kemang Negeri Sembilan

Tanggal 31 Julai pada setiap tahun negara kita akan menyambut Hari Pahlawan. Sambutan tarikh keramat ini cukup melakar pengertian  kepada kita sebagai anak bangsa yang cintakan agama, bangsa dan negara. Pahlawan negara samada terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis di Raja Malaysia dan lain-lain agensi keselamatan serta individu yang secara bersama mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Oleh itu bersempena dengan sambutan ini, marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan besar yang antara lain ialah memperjuang kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sehingga kekal hingga kini.

Mutakhir ini juga kita kedengaran terdapat beberapa pihak yang cuba memperlekehkan agama Islam dengan berbagai cara dan helah. Mereka mencabar kesahan penguatkuasaan undang-ungang Syariah dan kewibawaan institusi-institusi Islam seperti Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah. Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti telah berani dicabar dengan alasan bercanggah dengan hak kebebasan beragama,  undang-undang Syariah dituduh sebagai kolot kerana bercanggah dengan kehendak konvensyen-konvensyen antarabangsa yang mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia ala barat. Mereka juga menerapkan fahaman liberal dan pluralisme  yang bertujuan menggugat serta menghakis nilai-nilai dan pegangan umat Islam.

Mengadakan hubungan baik dengan orang bukan Islam bukanlah bermakna kita melupakan tanggungjawab kita kepada Islam. Agama Islam telah mengatur prinsip-prinsip toleransi dan hubungannya dengan penganut agama lain. Namun di dalam persoalan agama dan akidah, kita sebagai  umat Islam tidak boleh sama sekali berkompromi dengan kesyirikan. Mimbar mengingatkan kepada semua pihak janganlah mempertikaikan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama sejak kemerdekaan lagi. Jangan cuba menyemarakkan api perpecahan kerana ia akan menghancurkan sesebuah negara.

Muaz bin Jabal ra telah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:    “Barang siapa yang berperang di jalan Allah walaupun sebentar iaitu sekadar memerah susu unta, maka wajib baginya mendapat pahala syurga. Dan barang siapa yang memohon kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh untuk berjihad, kemudian ia mati atau dibunuh, maka baginya balasan syahid. Dan barang siapa terluka di jalan Allah atau ditimpa kemalangan, maka ia datang pada hari akhirat sederas darah yang mengalir ketika luka warnanya seperti za’faran dan baunya bagaikan kasturi (Riwayat: An-nasa’i)

Penulis : Faisal Abdurrahman

Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd

Harga : RM8.00/ RM9.00

“Kenapa hanya Allah sahaja yang dianggap Tuhan?  Bukankah itu tidak adil? Kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka? Jika Allah itu berkuasa, kenapa tidak jadikan semua manusia baik-baik? Adakah benar al-Quran datang daripada Allah? Bukankah ia dilihat sebagai sebuah buku yang boleh ditulis oleh sesiapa?”

Buku ini mengupas persoalan dan dakwaan Non Muslim kepada Islam dan menjawab persoalan ini menurut neraca Islam, sains dan logik akal. Turut membincangkan sifat-sifat Tuhan, kewujudan Tuhan, kesahihan al-Quran, kerasulan Nabi Muhammad, wanita dalam Islam dan Jesus menurut Islam.

Sesuai dibaca oleh semua Muslim yang sentiasa berhadapan dengan persoalan yang biasanya timbulkan kalangan Non Muslim dan Muslim yang mempunyai tahap penguasaan agama yang asas. Juga sesuai untuk Non Muslim dan Awal Islam yang menghadapi pelbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Muslim secara mudah dan konkrit. Tuhan untuk Semua muncul berasaskan huraian sumber al-Quran dan hadis bagi membuktikan kebenaran yang terselindung di sebalik tohmahan kepada Islam.

Faisal Abdurrahman adalah pelajar PhD jurusan Bioteknologi di Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berasal dari Acheh, Serambi Makkah, Indonesia dan aktif dalam penulisan agama di sana.

%d bloggers like this: