Kali kedua berkunjung ke lokasi ini selepas kali pertama hadir ke sini 2 tahun lalu. Saya diajak oleh teman lama untuk minum-minum sebentar pada petang semalam bersama keluarganya yang sudah saya tidak temui sejak lebih 10 tahun lalu. Pantai ini meriah seperti biasanya, dikunjungi oleh peminatnya. Sembang kami pun di sini tidak lama, sementalahan saya hanya keluar juga untuk merehatkan fikiran sebentar, sekitar setengah jam sebelum meneruskan kerja-kerja rasmi tujuan hadir ke sini.

Barangkali terlalu lama tidak bertemu, agak kekok berbicara lalu saya meneruskan aktiviti hobi saya bersama canon. Terima kasih teman lama membawa saya keluar sebentar. Menjelang maghrib kami beredar dan menghantar saya pulang kembali ke penginapan di Selesa Beach Resort, Port Dickson.