Malam isnin, Surau Riyadhus Solihin Taman Austral sekali lagi menerima tetamu kali ini Dr Jamnul Azhar Mulkan dari Kedah. Beliau bukanlah asing bagi peminat-peminat ceramah dan dunia dakwah kerana selalu berceramah di seluruh negara dan di media perdana seperti tv9, radio IKIM fm dan lain-lain. Bahkan di surau Taman Austral, ini adalah kunjungan beliau kali kedua selepas 3 tahun lalu.

Selain di Surau Taman Austral, Ustaz Jamnul Azhar juga mengisi beberapa slot di beberapa masjid dan surau termasuk ceramah di Petronas sempena Majlis Tilawah al-Quran Petronas Peringkat Kebangsaan di mana Petronas Sabah menjadi tuan rumah kali ini. Ceramah beliau di Surau Taman Austral memberi fokus kepada persiapan umat Islam menyambut bulan Ramadhan dan bagaimana pengisian yang sepatutnya dilakukan oleh hamba-hamba Allah SWT sepanjang keberadaan mereka di dalamnya.