Menyertai dunia pengubatan melalui kelas-kelas Darussyifa’ Sabah memberikan maklumat yang tidak sedikit. Ia adalah satu takdir yang menemukan kami mempelajari sesuatu ilmu yang sangat hebat dan berfaedah untuk diri dan masyarakat. Antara bahan utama yang banyak disebut dan digunakan dalam rawatan pengubatan Islam ialah penggunaan air sama ada untuk mandi, sapu atau minum.

Air itu sebaik-baiknya adalah air zam-zam, atau air hujan malam jumaat atau air mineral biasa. Ia dimanfaatkan hasil kombinasi doa-doa tertentu yang dibacakan ke atas air atau tubuh pesakit atau juga untuk diri sendiri. Doa-doa itu merupakan doa yang warid daripada al-Quran atau Hadith Nabi SAW, atau juga hasil amalan para ulama terkemuka.