Sedang asyik di pejabat, rakan anggota keselamatan menghubungi saya memberitahu rusuhan olok-olok di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu. Rakan lain pula memberitahu ada ramai anggota PDRM di Masjid Negeri. Di Stadium Likas juga sama. Kumpulan penunjuk perasaan yang terdiri daripada anggota PULAPOL, pasukan cawangan khas, unit tindakan rusuhan awam (PORU), Pasukan Gerak Am (PGA), unit udara dan unit anjing membabitkan keseluruhan ratusan anggota sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas di sekitar bandaraya.

Kumpulan penunjuk perasaan melilit kain biru di kepala mereka berarak di lokasi-lokasi tertentu seperti di kawasan berhampiran Padang Merdeka, Hotel Shangri-La, Stadium Likas, dan lain-lain lokasi sambil sesetengahnya membawa sepanduk dan tulisan bantahan kepada Barisan Nasional. (Lihat foto-foto di bawah). Saya pula berpeluang mendekati lebih rapat lagi kedua-dua kumpulan (kumpulan penunjuk perasaan dan kumpulan keselamatan) dan merakam aksi-aksi menarik. Tambahan lagi saya turut bertemu dengan beberapa kenalan baik daripada kalangan pegawai dan anggota PDRM.