Archive for Jun, 2011


ISTIQAMAH

Apa kaitan foto di atas dengan entri ini?
1.

Ketika saya bertugas di Masjid Negeri Sabah, saya seringkali melihat kelibat seseorang jamaah yang sangat konsisten dalam solat berjamaah. Dia seorang ahli korporat yang saya ketahui memang sibuk tetapi menjadualkan dirinya untuk solat berjamaah hampir setiap waktu kecuali jika beliau keluar bermusafir atas urusan perniagaannya.

Selain kegigihannya solat berjamaah, tiap kali saya ternampak beliau di tangga naik masjid, tiap kali itulah beliau memasukkan sejumlah duit ke tabung di tepi tiang. Kadang-kadang, kalau bukan dalam perjalanan naik, beliau memasukkan sedekahnya ke tabung itu sebelum pulang. Demikianlah tiap kali saya ternampak beliau (walaupun beliau tidak ternampak saya), tiap kali itu juga konsisten dalam sedekahnya.

2.

Individu kedua ini seorang muallaf sejak hampir 10 tahun lalu tetapi kefahaman dan beramal dengan Islam hanya sekitar 5 tahun kemudian. Saya melihat beliau yang berasal dari Pulau Pinang ini seorang yang rajin solat berjamaah di Masjid Negeri dan menambah dengan solat-solat sunat. Anak-anaknya seramai dua orang dihantar mengaji dengan seorang ustazah di kawasan berdekatan.

Selain kelaziman beliau solat berjamaah, ada dua perkara yang saya suka dengan perangainya yang saya perasan. Kedua-dua ini kepadanya pernah saya sebutkan akan sebuah hadith Nabi SAW yang berkaitan dengan amalannya. Pertama saya perhatikan beliau suka memberi salam dan kedua sangat konsisten memberi sedekah berbentuk sebungkus tapau makanan selepas solat jumaat sejak beberapa tahun kebelakangan. Saya dimaklumkan setiap minggu beliau bersedekah antara 70-80 bungkus tapau. Semoga rezekinya dimurahkan oleh Allah SWT.

3.

Individu ketiga seorang tokoh yang sangat saya hormati. Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok. Beliau antara perintis awal penghafaz al-Quran dari Sabah pada awal 70an di Masjid Negara Kuala Lumpur. Pernah diamanahkan sebagai imam besar Masjid Negeri Sabah pada 90an. Terdahulu saya dimaklumkan zaman mudanya juga pernah terbabit sebagai buruh membina masjid ini dan juga pernah menjadi muazzinnya.

Sejak 30 tahun lalu hingga kini, beliau sangat tekun mengajar al-Quran kepada masyarakat khususnya di Masjid Negeri Sabah. Walau bilik sering bertukar-tukar, beliau tetap bertahan dan istiqamah mengajar al-Quran kepada masyarakat khususnya orang dewasa. Saya perhatikan ilmu tajwid dan tarannum yang beliau terapkan dalam pengajarannya. Semoga Allah SWT memberkati ilmu yang beliau curahkan.

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid al-Hilal Kg Tanjung Dumpil, Putatan

Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Bulan Rejab dikenali sebagai bulan solat memandangkan kewajipan solat diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kewajipan solat 5 waktu yang diterima bukan sebagai bebanan untuk menyiksa umat sebaliknya solat adalah ubat mujarrab dalam mengubati pelbagai penyakit umat. Kerosakan akhlak dan peningkatan jenayah daripada kalangan umat Islam kebanyakannya berpunca daripada pengabaian terhadap kewajipan solat samada solat dengan tidak sempurna, solat pada waktu rajin sahaja atau meningggal terus solat 5 waktu atas pelbagai alasan termasuk malas. Apabila manusia meninggal solat maka hilang rasa taat kepada Allah sehingga menjadi hamba kepada nafsu serakah.

Bukankah kita pernah mendengar bahawa solat adalah tiang agama, lalu ramai umat Islam melakukan amalan lain dan meninggalkan solat? Apa bezanya apabila tiang bangunan diruntuhkan lalu ada yang mahu membaiki bahagian lain dengan wang berjuta sudah pasti sesuatu bangunan bukan semakin tegak berdiri sebaliknya membilang hari untuk runtuh berkecai. Kajian demi kajian terhadap golongan yang meninggalkan solat menunjukkan bahawa jumlahnya semakin teruk bukan bertambah baik sebagaimana jumlah kerosakan akhlak dan jenayah yang bukan semakin turun sebaliknya semakin meningkat. Oleh itu kita wajib bersungguh dalam memastikan ahli keluarga dan anggota masyarakat kita supaya menjaga solat barulah kita selamat dunia akhirat.

Dalam perjalanan Isra’ Mi’raj, Nabi Muhammad s.a.w dibawa melawat neraka, antaranya melihat penyiksaan terhadap orang yang meninggalkan solat. Baginda melihat orang yang meninggalkan sembahyang disiksa dengan mereka memecahkan kepala mereka sendiri. Ini merupakan suatu amaran yang keras agar kita dan keluarga kita  serta masyarakat sekitar dapat menjaga sembahyang dengan baik terutama pada hari ini ramai di kalangan umat Islam tanpa segan silu meninggalkan sembahyang dengan pelbagai alasan termasuk kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Semua dijemput hadir terutama di Surau Maritim, Surau al-Baari Taman Ketiau dan Masjid Kampung Sembulan Lama.

LAGU TEMA BERSIH 2.0

Kenyataan Akhbar: 16 Jun 2011

BERSIH 2.0: Fokus Pada Tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0

Tuntutan-tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. Semua warganegara Malaysia termasuk ahli politik yang berpendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik sepatutnya menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.

Peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di kalangan masyarakat Malaysia yang sangat penting sebagai pendukung aspirasi masyarakat tidak boleh dinafikan. Badan-badan tersebut membentuk masyarakat madani Malaysia serta membantu menyalurkan suara rakyat. Sekiranya ada pihak yang meremehkan kepentingan masyarakat madani Malaysia, maka mereka juga menindas suara rakyat.

BERSIH 2.0 merupakan gabungan 63 NGO yang mempunyai kepentingan dalam mempromosikan demokrasi dan pilihanraya yang bebas serta adil di Malaysia. Pada asalnya, keahlian gabungan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan pada tahun 2007 terdiri daripada pihak-pihak NGO dan parti-parti politik. Namun kini, BERSIH 2.0 yang dilancarkan pada 10 November 2010 hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani. BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Jawatankuasa Induk BERSIH 2.0 terdiri daripada 14 individu yang mewakili pelbagai badan NGO di Malaysia.

BERSIH 2.0 menekankan sekali lagi bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu inisiatif yang dipimpin oleh masyarakat madan dan kami telah menjemput golongan-golongan lain, termasuk semua parti-parti politik.

17,19-20 Jun Dewan Masyarakat, Keningau
18 Jun Dewan Masyarakat, Tenom
22-24 Jun Dewan Tun Fuad, Penampang
26-28 Jun Dewan Masyarakat, Kota Marudu
30 Jun-1 Julai Dewan Masyarakat, Tawau
3-5 Julai Dewan Institut Latihan Perindustrian, Sandakan

AGENDA

 

MASA : PROGRAM
8.30 pagi : PENDAFTARAN
9.00 pagi 9.15 pagi : SESI PEMBUKAAN
Kata-kata Aluan, Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Hasmy Agam
Taklimat Ringkas Inkuiri Nasional, Pesuruhjaya Jannie Lasimbang
9.30 pagi : SESI SOAL JAWAB
10.00 -10.05 pagi : Taklimat Kaedah Merekod Kenyataan
Puan Rafidah Yahya, Pegawai SUHAKAM
10.05pg – 1.00 ptg : SESI MEREKOD KENYATAAN
1.00 – 1.30 ptg : REHAT
1.30 – 5.30 ptg : SESI MEREKOD KENYATAAN

HUBUNGI :

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
Tingkat 11 Menara TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: 03 2612 5600 / Faks: 03 2612 5620
Emel: inkuirinasional@suhakam.org.my

Penulis : Azzah AR

Penerbit : PTS Litera Utama

Harga : RM20.00 / RM22.00

Shamsiah Fakeh adalah seorang komunis. Itu yang diberitahukan kepada kita, sehinggalah beliau sendiri berkata, “Aku akan tulis kisah ini nanti. Aku harap, selepas ini kalian tahu kisah yang sebenar dan tidak lagi membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadapku.” Inilah novel yang sangat menghormati Shamsiah Fakeh. Ia menceritakan Shamsiah Fakeh adalah susuk yang pernah menjadi pemimpin, pejuang dan tetap seorang perempuan.

Sebagai pemimpin beliau berkata, “Kamu yang dapat melihat peristiwa sebenar dalam sejarah pasti dapat menemui arah tuju untuk masa hadapan.”Sebagai pejuang, “Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah terkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka.” Sebagai seorang perempuan, “Mana mungkin seorang ibu tergamak membunuh anaknya sendiri? Aku juga manusia seperti kamu, punya hati dan perasaan. Bezanya, aku mengangkat senjata dan tinggal di dalam hutan kerana berlindung dari serangan penjajah, dan kamu tidak.”

Masihkah Shamsiah Fakeh itu seorang komunis pada fikiran kita? Novel ini punya jawapannya.

Suasana kelab atau studio Underground Gig

Pemuda PAS santuni anak muda underground

Rosli Yasmin

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan berkesempatan bersama dengan anak-anak muda Chow Kit di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara semalam dan bertemu dengan kumpulan underground. Program yang di bertemakan “Chow Kit Kita” yang dianjurkan oleh anak-anak muda dan aktivis di sekitar Chow Kit dan Kuala Lumpur telah mengadakan berberapa aktiviti seperti pameran, menyanyi bersama, jualan baju dan lain-lain lagi.

Beberapa orang peserta program agak terkejut dan gembira dengan kehadiran Nasrudin dan sempat bergambar bersama-sama beliau dan rombongan. Selepas itu, rombongan pemuda PAS menjenguk kumpulan underground yang sedang mengadakan konsert mereka berhampiran di situ.  Anak-anak muda underground dan punk yang pada mulanya agak rimas dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS yang memakai kopiah itu, akhirnya serasi dan biasa dengan penampilan itu.

Selain bersama-sama mengambil gambar, Nasrudin juga diberi peluang masuk ke dalam dewan konsert yang gelap, yang hanya disuluh oleh lampu neon yang bersimpang siur serta disantap dengan muzik-muzik punk dan underground. Turut menyertai Nasrudin ialah Khairul Faizi Ahmad Kamil (setiausaha), Kamaruzaman Mohamad (exco), Firdaus Jaafar (exco), Zamri As’ad Khuzaimi (exco) dan kepimpinan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber foto : facebook Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi

Ustaz Nasrudin : brother ni kata : Ustaz, rock rock juga, punk – punk juga tapi saya bersama dgn ustaz. kami sokong perjuangan Islam. dilehernya sedari awal saya perhatikan terlingkar mafla selamatkan Gaza biarpun telinganya penuh subang bertindik

Ustaz Nasrudin : Selamat datang ustaz ke kelab kami. kami sokong dan menyertai dewan Pemuda PAS, ustaz bantu kami ustaz, bimbing kami, kami tidak jahat, kami hanya mahu luahkan hasil seni kami. jgn jauhkan diri dari kami. jgn buang kami… itulah luahan perasaan awir yg berambut panjang tu, ermmm mcm rambut saya dulu – dulu 🙂

KULIAH DARUSSYIFA 2

Setelah perasmian dan pelancaran Darussyifa’ Sabah 22 Mei 2011 lalu sekaligus kuliah pertama bersama pengasasnya Ybhg Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, kuliah kedua pula telah diadakan pada siang ahad lalu, mulai jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang di bilik kuliah 2 Masjid Negeri Sabah. Kuliah kali ini menyentuh lapan penyakit jasmani dan bentuk rawatannya, disampaikan oleh dua orang pembimbing yang didatangkan khas dari Darussyifa’ Bangi iaitu Ustaz Abdul Razak Mahadi dan Tuan Haji Mokhtar Kassan yang juga Ketua JK Klinik Darussyifa’.

Pada sesi pertama, Ustaz Abdul Razak terlebih dahulu memimpin bacaan asas 10 ruqyah pertama antaranya surah al-Fatihah, ayatul Kursiy (al-Baqarah : 255), ayat pemecah & kesuburan (al-Anbiya : 30), ayat peransang selera (Fussilat : 31&32) ayat pemecah kebuntuan (al-Hasyr : 21-24) diikuti dengan beberapa doa-doa dan ruqyah daripada hadith seterusnya kemudian menghuraikan serba sedikit ayat-ayat dan doa-doa berkenaan.

Dalam sesi ini juga Ustaz Abdul Razak turut menerangkan bahawa dalam pengubatan Islam bukanlah semata-mata bergantung kepada ruqyah al-Quran dan hadith sahaja tetapi merupakan kombinasi doa, ruqyah serta bahan rawatan tertentu seperti air, tumbuhan dan pelbagai herba yang boleh dimanfaatkan berdasarkan kepada ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh manusia yang telah melakukan kajian terhadap khasiat dan kelebihan setiap bahan yang digunakan.

Sebagai contoh, antara bahan  rawatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW adalah seperti madu lebah, habbatus sauda’, kurma ajwah, daun bidara, daun inai dan lain-lain.  Semuanya ini bersandarkan kepada hadith-hadith baginda, membuktikan bahawa apa yang disarankan oleh Rasulullah SAW adalah bermanfaat sama ada sebagai penawar kepada sesuatu penyakit atau pemeliharaan kesihatan. Walaubagaimanapun diingatkan bahawa setiap bahan yang digunakan sebagai ubat mestilah dipastikan halal, kerana sebarang penggunaan bahan yang kotor dan tidak halal adalah dilarang oleh Allah SWT.

Ustaz Abdul Razak dan Tuan Haji Mokhtar turut berkongsi ilmu dalam kaedah dan doa rawatan bagi lapan jenis penyakit iaitu asma, buasir, batu karang, kencing manis, darah tinggi, ketumbuhan, kayap dan migrain. Seperti dijelaskan, semua rawatan adalah kombinasi antara doa, ruqyah dan bahan-bahan tertentu seperti (untuk penyakit asma) lendir belut, buah kelapa tumbuh, madu lebah, getah buah betik muda atau sup anak burung ciak. Dalam kelas diajar juga cara penyediaan dan penggunaan bahan-bahan berkenaan. Alhamdulillah.

Walaupun meletihkan, pada akhir kelas ini saya membuat kesimpulan bahawa ilmu Allah SWT terlalu luas, Dia menjadikan segala sesuatu yang berada di bumi ini untuk dimanfaatkan oleh manusia dalam perkara yang baik. Terlalu banyak yang diperolehi dalam kelas ini dan memerlukan ulangkaji yang bersungguh-sungguh. Kepada mereka yang berhasrat untuk menyertai pengajian Darussyifa Sabah, nantikan pengambilan baru pada awal tahun 2012, insya Allah.

EGYPTIAN HULK

Lain bahan yang saya cari di youtube, lain pula yang saya dapat. Lelaki gagah dari Mesir ini mendakwa diberi kekuatan 30 ribu lelaki dan 260 kuasa kuda. Sayyid Muhammad pernah berkahwin sebanyak 28 kali dan mempunyai 38 orang anak lelaki dan perempuan. Ketika rakaman ini (2007) beliau mempunyai 4 orang isteri dengan kemampuan seksual 15 kali sehari. Tengok dan dengar sajalah temuramah kepada beliau dan dua orang isterinya.

Buku Yang Baru Dibaca :

Penulis : Riduan Mohamad Nor

Penerbit : Jundi Resources

Harga : RM20.00 / RM22.00

Buku ini adalah jawapan kepada buku bertajuk ‘Menuju PAS Baru’ tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa seorang tokoh muda dalam PAS dan politik tanahair. Beliau adalah anak kepada bekas Presiden PAS dalam era kepimpinan ulama’. Beberapa fakta buku berkenaan telah diulas dan disanggah dengan fakta juga oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor.

Menurut Ustaz Riduan, buku ini diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat, menyegarkan budaya intelektual, berdebat dengan sumur akal yang jernih yang jauh dari sentimen melulu dan emosi yang meledak. Alaf baru adalah milenium baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam tempayan emas, langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari.

Generasi Y yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk disuap dengan maklumat yang bersifat sehala. Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab, mereka tidak boleh dibiarkan meraba-raba dan membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.

Prolog
Kata Mutiara Presiden PAS
1. Menelusuri Sejarah PAS
2. Burhanuddin: Islamis yang progresif
3. Zulkifli Muhammad: Pelengkap Perjuangan
4. PAS dan kebangkitan Islam
5. Dewan Pemuda terus mengasak
6. Peningkatan Gerak Kerja Dakwah
7. Fenomena Penjelasan Batas-Batas Iman dan Kufur
8. Tangkapan-tangkapan ISA terhadap aktivis PAS dalam dekad 80-an
9. Era Haji Yusof Rawa
10. Pemerintahan PAS di Kelantan
11. 60 tahun mempersada perjuangan: Satu rumusan
12. Menerjang Badai: Segmen Ke-2
13. Bibliografi
14. Bibliografi Penulis

%d bloggers like this: