Buku Yang Baru Dibaca :

Penulis : Riduan Mohamad Nor

Penerbit : Jundi Resources

Harga : RM20.00 / RM22.00

Buku ini adalah jawapan kepada buku bertajuk ‘Menuju PAS Baru’ tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa seorang tokoh muda dalam PAS dan politik tanahair. Beliau adalah anak kepada bekas Presiden PAS dalam era kepimpinan ulama’. Beberapa fakta buku berkenaan telah diulas dan disanggah dengan fakta juga oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor.

Menurut Ustaz Riduan, buku ini diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat, menyegarkan budaya intelektual, berdebat dengan sumur akal yang jernih yang jauh dari sentimen melulu dan emosi yang meledak. Alaf baru adalah milenium baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam tempayan emas, langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari.

Generasi Y yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk disuap dengan maklumat yang bersifat sehala. Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab, mereka tidak boleh dibiarkan meraba-raba dan membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.

Prolog
Kata Mutiara Presiden PAS
1. Menelusuri Sejarah PAS
2. Burhanuddin: Islamis yang progresif
3. Zulkifli Muhammad: Pelengkap Perjuangan
4. PAS dan kebangkitan Islam
5. Dewan Pemuda terus mengasak
6. Peningkatan Gerak Kerja Dakwah
7. Fenomena Penjelasan Batas-Batas Iman dan Kufur
8. Tangkapan-tangkapan ISA terhadap aktivis PAS dalam dekad 80-an
9. Era Haji Yusof Rawa
10. Pemerintahan PAS di Kelantan
11. 60 tahun mempersada perjuangan: Satu rumusan
12. Menerjang Badai: Segmen Ke-2
13. Bibliografi
14. Bibliografi Penulis