Suatu malam kami merayau sekitar Kampung Baru di Kuala Lumpur, tujuan utamanya mencari lokasi untuk makan malam. Kami juga merancang untuk makan-makan durian selepas itu, di sini. Oleh kerana saya hanya seorang ma’mum, maka saya menurut saya arah tuju rombongan kami. Menaiki kereta dan kemudian berjalan kaki mencari restoran yang dimaksudkan.

Tidak jauh dari Masjid Jamek Kampung Baru ada sebuah restoran, barangkali restoran Indonesia yang terpampang perasmiannya oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Silap juga malam itu saya tidak membawa kamera untuk merakam aktiviti kami seramai 10 orang itu. Hanya kamera telefon bimbit saja yang ada, tapi tidak puas. Walaupun kesemuanya dari Sabah, tetapi tidak semua pula kami berkesempatan bertemu di negeri sendiri.

Lucu pula rasanya membaca katalog menu yang dihulurkan kepada kami. Tidak pernah saya mendengar sebelum ini jus poligami. Kata pelayan, ia mencampurkan beberapa jenis jus seperti mangga, nenas dan lain-lain lalu dinamakan jus poligami. Ada pula di kalangan kami yang memesan air berkenaan. Kata mereka, “kalau tidak dapat berpoligami sekalipun, dapat minum jus poligami pun sudah ok!”

Selamat datang ke restoran itu. (Saya lupa pulak namanya).