Saya baru menerima emel berupa borang penyertaan bagi majlis perkampungan lepasan pelajar SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu yang bakal diadakan pada 16 dan 17 September 2011 di Beringgis Beach Resort, Papar. Perkampungan ini (reunion) mensasarkan sehingga 400 lepasan pelajar, bermula sejak ia ditubuhkan pada awal 70an sehingga tahun 2010.

Sebagaimana yang pernah saya catatkan sebelum ini, kerjasama pembaca blog ini sangat diharapkan untuk menyebarkan maklumat program ini kepada keluarga, rakan, jiran, penduduk kampung, taman atau seumpamanya yang merupakan lepasan pelajar sekolah berkenaan. Selain lepasan pelajar, guru atau mereka yang pernah mencurahkan ilmu di sekolah ini juga dialu-alukan hadir sama. Sila klik borang dan maklumat di bawah, cetak, isi maklumat dan serahkan kepada urus setia yang tercatat namanya. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 3 Julai 2011. Sistem penyertaan ialah siapa cepat dia dapat.

Beberapa pakej dan bentuk penginapan disediakan. Maklumat urus setia terkini ialah alumni yang berminat boleh membayar separuh yuran terlebih dahulu sebagai tanda komitmen dan tempahan kepada program ini nanti. Oh ya, khabar gembira yang sudah diperolehi ialah mantan pengawas asrama dan guru yang dikasihi Ustaz Mustafa Abdul Majid telah mengesahkan kehadirannya, terbang dari Pendang Kedah ke Kota Kinabalu pada tarikh berkenaan.