Saya tidak langsung melihat ke arah penceramah dan saya asyik menulis di laptop sambil-sambil mendengar penceramah membentangkan fakta-faktanya. Saat beliau mula berceramah, telinga saya mula memberi perhatian. Suaranya seperti saya pernah saya dengar. Saya terbayangkan wajah al-Mursyidul Am Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lontaran suaranya, lenggok ayatnya, contoh dan tamsilan yang diberikannya sama seperti abangnya. Saya dimaklumkan Ustaz Nik Radzi Nik Mat adalah adik bungsu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan daripada sembilan beradik. Jujurnya saya belum pernah mendengar beliau berceramah atau berkuliah sebelum ini. Pertama kali mendengar, saya sudah tertarik. Beliau saat itu mengutarakan isu penyebaran video lucah, sehingga mencabar para ulama agar tidak bersekongkol dan tidak menjadi syaitan bisu. Lembut tapi tegas.

Memandang kepada kesibukan dan keuzuran Tok Guru Nik Abdul Aziz, saya terfikir kalau boleh mengundang beliau datang ke Sabah. Apa kata?