Tv al-Hijrah, sejak 12 tengahari hari ini – 1 Jun 2011 – mula bersiaran di ASTRO saluran 114. Berita itu dimaklumkan melalui facebook rasmi TV al-Hijrah yang sudah disertai oleh lebih 16 ribu pengguna facebook. Menurut maklumat itu lagi, walaupun TV al-Hijrah sudah bersiaran di Astro, mereka masih lagi merupakan stesen tv percuma dan sentiasa berusaha untuk meluaskan transmisi.

Dengan kehadiran tv al-Hijrah di Astro ini harapannya akan lebih meluaskan lagi misi dakwah melalui penyiaran televisyen. Para penggiat seni juga boleh beralih arah menuju seni yang selaras dengan ajaran Islam, begitu juga kepada penonton mempunyai pilihan yang lebih baik selain daripada saluran-saluran yang lain. Tahniah kepada semua yang terlibat.

About these ads