Saya mengetahui adanya kursus ini ketika berkunjung ke premis CPL di KK Plaza dua bulan lalu. Kawan lama, Peter mencadangkan saya menghubungi Canon Sabah yang berpejabat berdekatan dengan Jesselton Point dan mendaftar terus di sana untuk menyertai kursus fotografi.

Faham saya, ia terbuka kepada orang yang mempunyai kamera Canon sementara yuran penyertaan hanya RM20 untuk kursus selama 3 jam. Kursus disampaikan oleh Mr Jonathan Chan, dan disertai hampir 20 peserta. Pengisian asas berkenaan sejarah kamera canon, transformasi kamera canon bermula kamera asas sehingga yang canggih dan mahal.

Dibentangkan juga teknik-teknik asas penggunaan kamera canon khususnya model EOS 550D. Ahamdulillah, banyak ilmu yang diperolehi walaupun jujurnya saya belum begitu mahir dengan keseluruhan peranan setiap menu dan aksesori yang ada. Saya punya beberapa sebab kenapa kurang berpuas hati kepada diri sendiri, tapi biarlah menjadi rahsia peribadi.