Saya beberapa kali dimaklumkan tentang lorong yang sering menjadi laluan kenderaan para pemandu MUIS/JHEAINS, para guru dan ibu bapa menuju ke kawasan SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah dan asrama puterinya. Bersebelahan dengan bangunan sekolah juga ialah sederet rumah menempatkan pemandu JHEAINS/MUIS dan keluarga masing-masing. Turut tinggal di sana ialah Ybhg Datuk Haji Asmali Bachi, dan Tuan Haji Isa Omar – kedua-dua mereka adalah imam di Masjid Negeri Sabah.

Nampaknya lorong yang berlopak itu sudah lama dibiarkan, demikian menurut sumber yang membuat aduan. Justeru kebetulan saya ada bebrapa urusan di kawasan  berkenaan, foto-foto yang disertakan membuktikan kebenarannya. Semoga pihak berkuasa mengambil berat dan tindakan lanjut demi kemaslahatan pengguna di sana.