Tengahari 8 Mei di Hotel Quality Jalan Raja Laut agak meriah dan sesak sehingga makan tengahari kami yang terakhir terpaksa di ruang legar hotel, sebelum berlepas pulang ke negeri masing-masing selepas itu. Ramainya anak-anak membawa dan memimpin ibu masing-masing, barangkali membelanja makan di hotel sempena hari ibu.
Pihak hotel juga khabarnya mengadakan beberapa slot untuk memeriahkan sambutan hari ibu, paling meriah ialah pertandingan menghias aiskrim yang dibahagi kepada beberapa kumpulan. Aiskrim yang dihias kemudiannya diadili oleh beberapa chef hotel berkenaan. Saya pula tidak berkesempatan melihat sehingga selesai kerana bas yang membawa kami ke KLIA sudah siap menunggu.
Apapun semoga ibu-ibu berbahagia, anak-anak sila doakan ibu dan bapa setiap masa, bahagiakan mereka kerana tanpa ibu, siapalah kita.