Archive for 8 Mei 2011


Khatib : Tan Sri Ismail Muhammad

Lokasi : Masjid Negara, Kuala Lumpur

Maksudnya: Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian Ia mewafatkan kamu; dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadilah ia lupa akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Berdasarkan laporan pada ketika ini bahawa isu kemalangan jalan raya adalah penyebab yang terbesar kepada kematian. Menurut laporan Jabatan Keselamatan Jalanraya bahawa lebih daripada 6 ribu orang mati akibat kemalangan jalan raya dengan purata 18 kematian sehari atau 1 kematian setiap 1 jam 20 minit. Kajian oleh Kementerian Kesihatan, kemalangan jalan raya adalah punca keempat kematian di negara kita dan sekiranya ianya tidak dibendung, kemalangan jalan raya boleh menjadi punca utama kematian menjelang tahun 2020.

Pada tahun 2010, sebanyak 6,872 kematian akibat kemalangan jalanraya, yang mana 4,036 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia atau MIROS, bahawa 30% daripada kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal ialah golongan berumur 16 ke 25 tahun berbangsa Melayu, dan daripada jumlah tersebut 40% daripadanya tidak mempunyai lesen memandu.

Satu perkara lagi yang menjadi antara punca utama kehilangan nyawa di negara kita pada masa kini ialah kebakaran. Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada tahun 2010 jumlah kebakaran mengikut jenis bangunan adalah sebanyak 5,240 kes yang berlaku. Mimbar ingin mengingatkan bahawa keselamatan kebakaran hendaklah diambil perhatian yang serius oleh kita semua kerana kebakaran itu boleh membunuh.

Api semasa kecil menjadi kawan, tetapi setelah besar ia menjadi lawan. Pelbagai cerita telah dipaparkan oleh media berkaitan kebakaran, apa yang menyedihkan apabila kebakaran bukan sahaja memusnahkan harta benda, tetapi juga menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak boleh ditukar ganti. Apa yang menyedihkan lagi kehilangan orang yang tersayang, tempat tinggal dan kehilangan punca mata pencarian.

Bertemu lagi dengan seluruh ahli Lajnah Tashih al-Quran, kali ini kembali ke Hotel Quality Kuala Lumpur. Baru dua malam pulang ke Kota Kinabalu, kali ini datang pula memenuhi kerja-kerja penyemakan dan pengesahan mashaf sama ada berbentuk teks, digital atau pen al-Quran yang agak banyak kali ini. Keseluruhannya setiap ahli yang hadir (kali ini seramai 34 orang, kecuali Dato’ Salahuddin yang menunaikan umrah) menyemak sekitar 45-46 juzu’ seorang.

Sangat jelas permintaan untuk menyemak dan mengesahkan al-Quran berbentuk digital sangat tinggi sekali. Sebagai contoh, daripada 46 juzu’ yang saya terima keseluruhan, ada 30 juzu’ adalah al-Quran digital dan al-Quran telefon bimbit. Daripada segi dakwahnya, ia adalah sangat baik untuk menyebarluaskan pembacaan al-Quran bahkan teknologi ini dilengkapi pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu, himpunan hadith-hadith dan sebagainya.

Hanya teknologi seumpama ini sangat terdedah kepada kesilapan dan kerosakan seperti yang berkait dalam soal rasm (tulisan), dhobt (tanda), dan tilawah (bacaan) kerana kebanyakan al-Quran digital menggabungkan video dan audio. Ertinya ada paparan teks al-Quran sekaligus qari yang membacanya, yang kedua-duanya perlu disemak oleh ahli lajnah. Sekiranya qari membaca dengan terlalu perlahan, maka masa yang lama akan diambil untuk menyelesaikan satu-satu juzu’.

Alhamdulillah, pada pertemuan kali ini saya sendiri dapat menyelesaikan semakan terakhir sehingga jam 4 pagi sebelum mesyuarat terakhir diadakan pada jam 10 pagi. Mudah-mudahan kerja-kerja ini diberkati oleh Allah SWT dalam rangka untuk memelihara al-Quran daripada diselewengkan oleh musuh-musuh Islam.

%d bloggers like this: