Ada masa beberapa jam sebelum berangkat pulang, kami berziarah ukhuwah ke rumah seorang kenalan baru, Tuan Haji Mohd Sirajuddin di Bandar Sunway setelah bersama-sama menunaikan solat zuhur di Masjid al-Husna. Saya dimaklumkan bahawa beliau sering berulang alik ke Sabah sejak tahun-tahun 70an sehingga kini atas urusan perniagaan ubat-ubatan dan kini  sebagai pengedar buku-buku import dari luar negara khususnya dalam bidang profesional.

Turut hadir dalam ziarah kami itu ialah Ustaz Jamal al-Habib yang berasal  dan lulusan sebuah universiti di Mindanao, Filipina dan kini bekerja di sini. Alhamdulillah kami merasai nikmat ukhuwwah Islamiyyah dan hidangan nasi + daging kambing masak kurma berempah lazat sekali. Terima kasih tuan rumah.