Archive for 1 Mei 2011


Rupanya ada bangsa udang yang ditanam, bukan sekadar bangsa udang di laut.

Sungguh jahil saya berkenaan jenis-jenis atau pengkelasan raja buah ini meski pun saya seorang penggemarnya. Saya baru tahu bahawa durian ini adalah jenis buah yang berasal dari Asia Tenggara dan terdapat lebih 55 jenis @ spesis durian, tidak termasuk 190 spesis lain durian klon, seperti durian d24 yang terkenal itu.

Malam 1 Mei, kami mencari ruang untuk memenuhi hajat – makan durian – di sekitar Chow Kit dan Kampung Baru bersama kawan-kawan serombongan. Durian yang dihidangkan kepada kami ialah durian udang merah. Kata penjualnya ia berasal dari Pahang. Alhamdulillah, memang sejak awal perut sengaja dikosongkan untuk diisi khas pada malam ini.

Mengenang durian yang enak, wangi atau busuk mengikut hidung penghidunya,  dan durinya yang tajam serta menyukarkan orang membukanya jika belum biasa, bagi saya ia mengingatkan tentang dunia dakwah dan perjuangan. Sesuatu yang manis dan indah itu biasanya didahului dengan cabaran dan kesukaran. Sebagaimana indahnya melihat matahari terbit dari puncak gunung, ia didahului dengan pendakian yang sangat sukar, berliku dan mencabar.

Dapat merasai keenakan durian adalah salah satu nikmat Allah SWT. Nikmat mana satukah yang aku dustakan?


Sumber : Akhbar Siasah Bil : 0262 (29 Apr-05 Mei)

Muktamar persediaan bagi pembentukan kesatuan sedunia membantu al-Quds dan Palestin yang diusahakan oleh gabungan para ulama dunia turut disertai oleh tokoh politik, ahli akademik dan ahli parlimen yang kesemuanya bersepakat kearah membebaskan al-Quds dan Palestin. Kesatuan itu juga menentang apa jua bentuk kezaliman, kekerasan, pencabulan terhadap manusia yang dilakukan oleh penceroboh Zionis serta menentang sebarang usaha memilikyahudikan tanah suci al-Quds.

Ketika majlis pembukaan ketua-ketua deligasi dan perwakilan telah menegaskan akan kepentingan mewujudkan kerjasama diantara pertubuhan yang bekerja bagi membantu al-Quds dan Palestin. Para perwakilan juga telah membahaskan tentang projek mewujudkan kerangka asasi kesatuan sedunia bagi membantu al-Quds dan Palestin serta menggerakkan resolusi yang dicadangkan keatasnya.

Para perwakilan yang terdiri daripada ulama, professional, wanita, ahli parlimen serta tokoh akademik telah memerterai persetujuan semasa sesi bengkel untuk menyelaras dan mengkordinasikan gerak kerja mereka dalam bentuk pertukaran kepakaran, pandangan dan cadangan bagi membantu al-Quds dan Palestin dengan menubuhkan organisasi atau badan penyelaras.

BERSETUJU

Perhimpunan tersebut diadakan di bandar Istanbul yang bermula pada 10 hingga 11 Safar 1432H bersamaan 15-16 Januari 2011, disertai oleh 350 perwakilan mewakili 80 pertubuhan, persatuan dan kesatuan. Dalam muktamar tersebut para perwakilan telah bersetuju ke atas ketetapan berikut :

Pertama : Mengisytiharkan kesatuan antarabangsa membantu al-Quds dan Palestin.

Kedua : Pemilihan kepimpinan kesatuan sepertimana berikut :

Ketua : Dr Muhammad Said al-Katatani (Mesir)

Naib Ketua : Ahmad Agraqaja (Turki)

Naib II : Ahmad Abdul Karim (Syria)

Naib III : Nasharuddin Mat Isa (Malaysia)

Naib IV : Muhammad Ghulam (Mautitania)

Pemilihan jawatankuasa penaja seperti berikut :

Ketua : Sa’ud Abu Mahfodz

Naib Ketua : Munir Sa’id

AJK : Basil Jad’an

AJK : Dr Walid al-‘Audi

Ketiga : Meluluskan Resolusi Umum seperti berikut :

– Muktamar merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Turki diatas kesungguhan mereka dalam menangani isu Palestin dan menghapus sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.

– Muktamar menuntut negara Arab untuk membuktikan komitmen mereka dalam menghapuskan sekatan yang dikenakan keatas penduduk Gaza dan mengembalikan infrastrukturnya serta memberikan sumbangan kewangan yang telah dipersetujui oleh mereka.

– Muktamar menyeru negara Arab dan Islam untuk menentang ancaman mengyahudikan bandar al-Quds dan kesuciannya yang terletak padanya masjid al-Aqsa yang mulia. Begitu juga muktamar menuntut agar organisasi muktamar Islami untuk membuktikan komitmen mereka bagi membantu al-Quds.

– Muktamar mengalu-alukan kesungguhan rakyat dan negara Islam yang telah dan akan mengerah keringat bagi membantu rakyat Palestin serta memecahkan sekatan yang dikenakan keatas Gaza. Muktamar juga menyeru agar kesungguhan ini diteruskan bersama dengan masyarakat dunia yang lain bagi membantu rakyat Palestin.

– Muktamar menyeru kepada usaha yang berterusan bagi membongkar segala kekejaman zionis dan peri penting menggunakan segala ruang perundangan bagi mengheret mereka ke muka pengadilan.

– Muktamar menegaskan komitmennya menyokong rakyat Palestin dalam menghadapi jentera peperangan Zionis dan juga menyokong rakyatnya dalam menghadapi ancaman Yahudinisasi.

– Muktamar menyeru kepada penyatuan rakyat Palestin dan bersatu hati dalam menghadapi musuh yang satu serta mewujudkan suasana yang positif demi kepentingan rakyat Palestin.

– Muktamar menyeru pemerintah negara Arab dan Islam serta seluruh pertubuhan hak asasi manusia meningkatkan usaha bagi menuntut pembebasan rakyat Palestin yang ditahan di penjara-penjara Zionis.

%d bloggers like this: