Archive for 30 April 2011


Khatib : Ustaz Zulfauzi Awang Besar

Lokasi : Masjid Negeri Sabah

”…Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalakan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah bagi-Nya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (S At-Talaaq: 2-3).

Hari Pekerja atau Hari Buruh yang dirayakan setiap kali menjelangnya 1 Mei setiap tahun hendaklah dimanfaatkan oleh golongan pekerja  supaya bermuhasabah sejenak terhadap peranan dan sumbangan masing-masing dalam meningkatkan prestasi serta pendapatan syarikat atau organisasi tempat mereka bekerja.

Hikmahnya adalah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan pekerja bahawa sikap, budaya dan prestasi kerja mereka mempunyai impak atau kesan terhadap produktiviti dan pengeluaran organisasi serta kemakmuran negara. Ia selaras dengan tanggungjawab hakiki pekerja untuk sentiasa berusaha memperbaiki mutu kerja demi meningkatkan produktiviti dan daya saing.

Dalam hubungan ini, ia menuntut satu kekuatan dalaman iaitu agama yang mengaitkan kehidupan dengan ibadah serta Pencipta alam. Ia memberi semangat kepada pekerja untuk terus menjadi produktif dan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan penuh rasa tanggungjawab justeru kita diciptakan oleh Allah SWT hanya untuk beribadah kepada-Nya, sebagaimana firman-Nya:-

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (S. Az-Zaariyat: ayat 56).

Maka menjadi misi setiap pekerja meletakkan pekerjaan sebagai ibadat yang akan dinilai sepanjang masa oleh Allah SWT. Ini secara langsung mengupaya hubungan yang harmoni antara manusia atau pekerja dengan Allah SWT sekali gus meletakkan kerja yang dilakukan serta rezeki yang diperolehi beroleh keberkatan.

Kuliah Tafsir an-Nur disampaikan oleh YB Dato’ Ustaz Haji Nusuruddin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan di Medan Ilmu. Selamat menghayati ilmu yang disampaikan.

%d bloggers like this: