Pulang dari mengisi satu slot tarbiah di Tuaran pada pagi sabtu, di pertengahan jalan suhu kereta tiba-tiba meningkat ke 120 darjah. Sebelum itu dalam perjalanan ke lokasi sudah ada tanda-tanda yang menggusarkan apabila suhu sudah melepasi garis tengah tetapi saya gagahkan juga perjalanan kerana memenuhi undangan penganjur.

Foto ini dirakamkan di hadapan Taman Puterajaya, Telipok dan dibawa ke Kg Ketiau, bengkel keluarga. Hajatnya untuk membawa kereta ini ke bengkel kawan tetapi semakin jauh perjalanan, semakin tinggi pula kos yang mesti ditanggung. Kata abang mekanik, tangki tersumbat. Apa-apalah. Tapi sekian ratus juga terpaksa dikeluarkan untuk memulihkan semula kerosakan. Hari ini  kereta sudah digunakan semula, alhamdulillah.