Archive for 24 April 2011


Khatib : Abu Nuha

Lokasi  : Surau Penjara Kepayan (Bersama banduan)

“Demi Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya seseorang  daripada kamu ada yang beramal dengan amalan ahli syurga  (ketika hidupnya) sehingga jarak antaranya dengan mati hanya sehasta lagi,  lalu dia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka dia akan masuk ke dalam neraka. Dan sesungguhnya ada di kalangan kamu yang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan mati itu hanya sehasta saja, tiba-tiba dia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia dimasukkan ke dalam syurga”

Hadith ini sangat menggerunkan kita agar jangan berbangga dengan diri masing-masin dan jangan menghina orang lain dengan tidak menghitung amalan diri kita sendiri. Sedar dan insaflah betapa kita wajib bergantung kepada Allah SWT. Manusia yang lemah kadang-kadang tidak tahan dengan ujian yang terlalu banyak serta tipu daya syaitan, jin dan manusia menyebabkan kita terpesong dari jalan Allah SWT.

Perjalanan di atas jalan yang betul (seperti doa dalam surah al-Fatihah) terlalu banyak ujian dan mudah manusia terpesong. Berlakulah takdir yang ditentukan Allah, manusia yang terpesong dari jalan Allah walaupun ketika hayatnya ia seorang manusia yang baik tetapi berbangga dengan amaan dirinya dan lupa bergantung kepada Allah, tiba-tiba ia hanyut dan mendapat su’ul khatimah (kesudahan umur yang buruk) yang membawanya ke neraka walaupun pada awalnya dia beramal dengan amalan ahli syurga.

Dalam masa yang sama, adanya manusia yang dikasihi Allah, yang beramal dengan amalan yang jahat ketika hidupnya kerana dia jahil tetapi hatinya bergantung kepada Allah, benar-benar mahu berubah ke jalan yang betul maka Allah menunjukkan hidayah-Nya walaupun hanya sehasta lagi jaraknya untuk meninggal dunia. Oleh itu kita disuruh bermujahadah (bersungguh-sungguh) untuk memohon jalan yang baik dan berada di jalan yang betul.

Disalin dari blog : http://jeng3x.blogspot.com/ bertarikh 17 April 2011

Assalammualaikum! Sahabat dan kroni. Kali ni saya uplodkan gambar terbaru ustaz dan juga buku terbaru ustaz. Jelas sekali ustaz belum sihat sepenuhnya. Sebelah matanya masih belum boleh nampak sepenuhnya. Akan tetapi, keadaan ustaz sekarang jauh lebih baik dari sebelumnya. Melihat keadaan ustaz sekarang ni, saya merasakan tidak ada ceramah untuk masa yang panjang. Kita doakan ustaz mendapat kembali kesihatan yang baik.

Dalam pada itu saya sempat minta ustaz bergambar dengan buku terbarunya. Buku keluaran Telaga Biru bertajuk “Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh”. Buku ini menampilkan doa-doa terpilih daripada Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniah yang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata. Tuan-tuan boleh dapatkan buku ini di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

%d bloggers like this: