Terkejut saya pada tengahari isnin, Nuha pulang dari sekolah menangis kuat dengan darah bertompokan di tudungnya. Dia terjatuh di luar pagar ketika masa persekolahan baru berakhir. Mujurlah saya bercuti dan kami terus ke klinik Putatan. Sedikit kulit di  kelopak mata kanannya terkoyak dengan ukuran kira-kira 3 sm. Mujur juga tidak berapa dalam, dan tidak memerlukan jahitan.

Ia saat yang mendebarkan bagi Nuha yang meraung hampir sepanjang tempoh di wad kecemasan kerana takut dijahit dan disuntik. Di bahagian bawah kelopak mata pula kelihatan lebam. Kasihan pula saya melihatnya. Ia tentu kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk kami bersama.