Archive for 22 April 2011


SCAN BABY

Peristiwa pada suatu petang.

Sebelum ini, mereka sudah datang untuk membuat imbasan (scan) di klinik berkenaan.  Kata doktor, ada dua bayi yang bakal lahir. Wah.. kembar gitu. Tup tup, tiba saat yang dinantikan, hanya ada satu yang dilahirkan. Mereka kurang puas hati kerana doktor mengatakan ada dua bayi. Bayi pertama selamat dilahirkan pada waktu subuh, di rumah katanya. Sabar menanti sehingga petang, masih tiada tanda-tanda.

Akhirnya mereka sekeluarga terpaksa mengusungnya ke klinik sekali lagi untuk membuat imbasan kali kedua. Melihat imbasan lewat paparan skrin, doktor tetap menegaskan masih ada lagi yang belum lahir. Ubat suntikan diberikan untuk memudahkan sang ibu bersalin segera, doktor meminta tempoh setengah jam lagi, sang ibu akan selamat bersalin. Saya tidak sempat merakam saat bersalin, tetapi berikut adalah foto doktor sedang melakukan imbasan ke atas sang ibu.

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

Tahniah kepada doktor dan pembantu-pembantunya yang bertugas tempohari. Tahniah juga kepada tuan punya kucing berkenaan. Foto dirakamkan di Sabah Animal Medical Centre, Luyang. Kucing, anjing, arnab biasa mendapatkan rawatan di sini. Untuk sesi imbasan (scan), RM50 dikenakan. Hehehe…

SAYANG KAKAK!

Terkejut saya pada tengahari isnin, Nuha pulang dari sekolah menangis kuat dengan darah bertompokan di tudungnya. Dia terjatuh di luar pagar ketika masa persekolahan baru berakhir. Mujurlah saya bercuti dan kami terus ke klinik Putatan. Sedikit kulit di  kelopak mata kanannya terkoyak dengan ukuran kira-kira 3 sm. Mujur juga tidak berapa dalam, dan tidak memerlukan jahitan.

Ia saat yang mendebarkan bagi Nuha yang meraung hampir sepanjang tempoh di wad kecemasan kerana takut dijahit dan disuntik. Di bahagian bawah kelopak mata pula kelihatan lebam. Kasihan pula saya melihatnya. Ia tentu kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk kami bersama.

%d bloggers like this: