Archive for 21 April 2011


TAMAT LATIHAN

Sepanjang dua-tiga bulan kebelakangan, JHEAINS termasuklah di Bahagian Penyelidikan dan Informasi menerima kehadiran tiga orang puteri  yang melakukan latihan praktikal. Nor Azimah, Nor Azilawati dan Nurul Khuzaimah ketiga-tiga mereka anak Sabah merupakan siswi tahun akhir di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah pengajian muamalat.

Di JHEAINS sebagaimana pelatih-pelatih yang pernah menjalani praktikal sebelum ini juga, mereka menjalani latihan di hampir semua bahagian-bahagian secara bergilir-gilir. Semoga keberadaan mereka di sini selama tempoh berkenaan mencapai sasaran objektif yang telah ditetapkan. Semoga bertemu lagi.

AWANG HITAM

Disalin dari blog Mazidul Akmal Sidik dengan tajuk asal ‘Ops Gagak Siber (Eksklusif)’


Lelaki Melayu dikatakan kuat menipu.

Lelaki Melayu didakwa kurang romantik.

Lelaki Melayu kurang penyayang.

Lelaki Melayu …

Lelaki Melayu …

dan …

Lelaki Melayu!

Berikutan pelbagai dakwaan berhubung sikap lelaki Melayu, sebilangan wanita sebangsa nampaknya beralih arah dalam memilih pasangan. Mereka lebih gemar bertemankan lelaki warga Nigeria. Seorang daripada lelaki terbabit diberkas pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK Bukit Aman pada jam 2.30 petang tadi di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Biarpun tubuhnya agak kecil, 5 anggota polis diperlukan untuk menenangkannya sebelum berjaya ditahan. Barangkali dia romantik dan penyayang tetapi tidak jujur. Saspek, 22 tahun mendakwa pelajar institusi pengajian tinggi swasta dalam jurusan pemasaran. Dia kemudian dibawa ke rumah kedai Taman Puncak Desa, Kepong, Selangor. 3 kenalan saspek kemudian diberkas pihak polis.

Biar saya kongsikan bersama pembaca kegiatan sebenar mereka. Sebaik memasuki rumah pada jam 3.30 petang, saya dimaklumkan mereka sedang berborak, chatting menggunakan Yahoo Messenger dan Facebook. Lihat gambar skrin komputer di bawah. Saspek menggunakan ikon wanita berpakaian seksi sedangkan dia lelaki.

Lihat tubuh sasa menggambarkan kelakian mereka.

Mereka dipercayai melakukan pishing, memancing sekaligus menjaja cinta dan pujuk rayu kepada lelaki dan wanita tempatan dan asing.  Ya, mereka sweet talker, penyayang dan didakwa tidak seperti sebilangan lelaki Melayu. Mengapa? Kerana mereka hanya ingin menjadikan wanita sebagai mangsa kepada Nigerian scam.  Tidak lebih daripada itu. Modus operandi kumpulan, lebih kurang sama. Taburkan wanita dengan kata-kata mampu mengusik jiwa rapuh mereka.

Jika kata-kata terbabit tidak mampu menggamit perhatian bakal mangsa, gunakan buku panduan ‘Love text messages’ sebagai rujukan sebelum berkomunikasi di dunia siber.

‘I asked God for a rose and He gave me a garden. I asked God for a drop of water and He gave me an ocean. I asked God for an angel and He gave me you!’

Pasti ramai wanita ‘cair’ membaca mesej sebegitu di skrin komputer mereka. Masih tidak menyakinkan bakal mangsa? Hantarkan kepada mereka gambar wang dipercayai palsu untuk menunjukkan saspek bukan calang-calang kekasih. Mereka lelaki berada dan hidup mewah.

Majoriti mereka mendakwa menetap di luar negara, antaranya di United Kingdom dan Amerika Syarikat, sedangkan mereka menggunakan sistem komunikasi internet tempatan. Berikut dipercayai senarai emel, bakal mangsa mereka.

ASP Hazri Mohamad, Pegawai Risikan, JSJK Bukit Aman mengetuai serbuan dibantu 7 anggota.

“Lepas itu?,” soal saya.

“Warga tempatan bersekongkol itu akan menelefon mangsa dan mengatakan dia harus mendepositkan sejumlah wang ke akaun milik account holder untuk menyelesaikan masalah itu,” sambung ASP Hazri.

Kerana sayang dan atas dasar cinta dan kepecayaan berikutan ‘perhubungan’ selama ini terjalin bersama saspek, mangsa lazimnya bersetuju mendepositkan wang diperlukan. Sebilangan mangsa dilaporkan kerugian di antara 400 dan 500 ribu ringgit.  Wang terbabit kemudian dikeluarkan saspek dan sejumlah kecil, upah diberikan kepada account holder.  Tiga saspek dibawa ke JSJK Bukit Aman untuk siasatan terperinci.

Manakala saspek pertama membawa pasukan sama dan kru 999 ke rumahnya di Banar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“For love people are willing to do so many things,” ujarnya.

Setelah membaca pendedahan bakal disiarkan di 999 minggu hadapan, saya berharap tiada lagi khususnya wanita dan lelaki Melayu terjebak sekaligus terpedaya dengan tipu helah warga Nigeria bermastautin di negara kita. Diakui, majoriti mereka terbabit dalam sindiket penipuan ini bersikap romantik, bijak menanam tebu di bibir mulut, kelihatan dan kedengaran amat penyayang tetapi di sebalik sikap terbabit tersirat niat membawa bahana.

Diceritakan kepada saya, dalam kes sebelum ini, wanita Melayu berasal dari Negeri Sembilan bersekedudukan bersama warga Nigeria dan berikutan itu wanita sama melahirkan anak. Anak mereka berambut kerinting, berkulit gelap dan petah berkomunikasi dalam loghat Negeri Sembilan.

“Omak, mengapo rambut den berbezo bonar dengan rambut orang lain?”

Barangkali begitu soalannya.

Ha! Jawablah …

***

Lagi foto-foto berkaitan dengan melayari blog Mazidul di sini

%d bloggers like this: