Archive for 17 April 2011


PELUANG KERJAYA DI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah The Trustee (Incorporation) Act 1952 (Revised 1981) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. Nama Jawatan : PELATIH PEMBANTU AMANAH

Gaji dan Elaun : RM 1473.00

Kelayakan :

• Lulus SPM/SPVM (5 kredit termasuk Bahasa Melayu). Calon yang mempunyai STPM dan Diploma digalakkan memohon.

• Boleh menunggang motorsikal dan memiliki motorsikal sendiri.

• Mempunyai lesen memandu B2 atau sekurang-kurangnya L (statik) – lesen disertakan.

• Boleh berkomunikasi dengan baik.

• Berat badan tidak melebihi 70 kg.

• Belum berkahwin

• Umur 20 hingga 28 tahun.

Calon yang berminat hendaklah menghantar surat permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan salinan sijil-sijil berkaitan, lesen dan gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), sampul surat ekspres berukuran 4” x 9” beralamat sendiri. Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 31hb Mei 2011.

PENOLONG PENGARAH PERJAWATAN

Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Sabah Barat

No.23, Lot 9, Blok B, Tingkat 1

Kingfisher Plaza, Jalan Hospital Likas

88450 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-437546 Faks: 088-437506

NASI AYAM PENYEK

Kata kawan-kawan, menu ini antara yang terkenal di Sarawak. Saya dimaklumkan ia adalah menu dari Indonesia atau Jawa, dan pertama kali saya diberitahu ketika berada di Shah Alam Selangor pada februari lalu.  Kesempatan singgah di Warung Nasi Kuning, di Kuching tidak saya lepaskan untuk menjamu selera tengahari bermenukan nasi ayam penyek ini. Kebetulan pula ketika itu saya sejak malam belum makan.

Terima kasih abang Hamzah yang membelanja kami semua, kepada pemilik dan pekerja restoran berkenaan – Jane dan Aryani, saya tunaikan janji untuk mempromosi restoran mereka, khususnya nasi ayam penyek yang berharga RM7 sepinggan. Hanya sayang, saya terlupa bertanya lokasi dan alamat terperinci warung ini. Alhamdulillah.

%d bloggers like this: