Kira-kira 50 pemuda tempatan bersama kekuatan lebih 40 buah motorsikal sekitar Kampung Jemukan dalam DUN Sadong Jaya berjaya dikumpulkan sekitar jam 4 petang tadi untuk program konvoi mengelilingi beberapa buah kampung dalam DUN Sadong Jaya untuk mengedar risalah saat akhir sebelum hari pengundian berlangsung beberapa jam lagi daripada sekarang.

Konvoi itu diuruskan bersama oleh PAS Sabah diketuai oleh Ketua DPPNS Lahirul Latigu dan dibantu oleh pemuda-pemuda tempatan. Lahirul dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas keberanian dan kesungguhan pemuda tempatan menyertai PAS dan konvoi berkenaan. Terdahulu, sebahagian besar mereka telahpun mengisi borang ahli PAS. Beliau menasihatkan semua peserta konvoi menjaga akhlak Islam dan peraturan jalanraya.

Sementara itu pada malam tadi, jamuan BBQ dan tayangan pacak filem ‘Hantu Mak Limah Balik Rumah’ telah diadakan di kampung Jemukan dan dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk kampung tanpa mengira usia. Dalam ucapan ringkas, Hishamuddin Sulaiman mengucapkan terima kasih atas sokongan penduduk kampung yang mesra dan ramah serta mengingatkan pengundi agar memilih Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada hari pengundian 16 April 2011.