Archive for 16 April 2011


UJIAN KEMENANGAN DAN KEKALAHAN

Saat menerima berita satu demi satu maklumat keputusan pilihanraya negeri Sarawak, PAS kalah dikesemua kerusi, sementara PKR dan DAP mengutip mutiara kemenangan sedikit demi sedikit, tiada suatu pun yang menjadi penawar hati saya melainkan membaca ayat-ayat Allah SWT. Marilah kita menikmati mukjizat yang hidup ini bersama-sama :

137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

138. (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

140. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar); dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan (menang dan kalah) antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

 141. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.

142. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

143. Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati syahid (dalam perang sabil) sebelum kamu menghadapinya; maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri). Surah Ali Imran.

***

Saya sangat meyakini bahawa di sisi Allah SWT kita mungkin belum layak menerima anugerah kemenangan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh-Nya. Mungkin kerja-kerja organisasi dan strategi kita belum menepati piawaian-Nya, ibadah kita masih sedikit; mungkin berlaku sedikit sebanyak amal maksiat yang menghalang kemenangan diberikan. Mungkin terdapat sifat-sifat mazmumah di dalam diri, hati-hati masih belum bersatu, mungkin terdapat kelompangan daripada segi wala’ dan sebagainya.

Ikhlaskan diri beramal walaupun kemenangan pilihanraya masih belum diperolehi kerana pahala dijamin di sisi Allah SWT. Marilah bermuhasabah bersama-sama. Namun yang jelas, saya merasai nikmat persaudaraan dan perjuangan kerana Allah SWT.

Kira-kira 50 pemuda tempatan bersama kekuatan lebih 40 buah motorsikal sekitar Kampung Jemukan dalam DUN Sadong Jaya berjaya dikumpulkan sekitar jam 4 petang tadi untuk program konvoi mengelilingi beberapa buah kampung dalam DUN Sadong Jaya untuk mengedar risalah saat akhir sebelum hari pengundian berlangsung beberapa jam lagi daripada sekarang.

Konvoi itu diuruskan bersama oleh PAS Sabah diketuai oleh Ketua DPPNS Lahirul Latigu dan dibantu oleh pemuda-pemuda tempatan. Lahirul dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas keberanian dan kesungguhan pemuda tempatan menyertai PAS dan konvoi berkenaan. Terdahulu, sebahagian besar mereka telahpun mengisi borang ahli PAS. Beliau menasihatkan semua peserta konvoi menjaga akhlak Islam dan peraturan jalanraya.

Sementara itu pada malam tadi, jamuan BBQ dan tayangan pacak filem ‘Hantu Mak Limah Balik Rumah’ telah diadakan di kampung Jemukan dan dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk kampung tanpa mengira usia. Dalam ucapan ringkas, Hishamuddin Sulaiman mengucapkan terima kasih atas sokongan penduduk kampung yang mesra dan ramah serta mengingatkan pengundi agar memilih Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada hari pengundian 16 April 2011.

%d bloggers like this: