Majlis berkenaan berlangsung meriah di SMAN Pantai Manis Papar sebagai tuan rumah kali ini. Sejak awal pagi, urus setia dari Bahagian Pendidikan JHEAINS, para peserta, guru-guru dan juri hakim datang berkumpul bagi menjayakan majlis berkenaan. Tujuh acara dilangsungkan serentak iaitu syarahan Bahasa Arab, pidato, khutbah, khat, kuiz, nasyid dan maharah al-kitabah wal-qiraah.
Saya tiba dengan kenderaan sendiri pada jam 8.10 pagi untuk menunaikan amanah sebagai hakim bahagian kuiz bersama-sama dengan sahabat saya Ustaz Hisyam Yayah dari Pejabat Mufti Negeri Sabah. Lima buah sekolah JHEAINS menyertai majlis ko-kurikulum ini iaitu SMAI Toh Puan Hajah Rahmah, SMAI Papar, SMAI Beaufort, SMAI Tambunan dan SMAI Kunak. Untuk bahagian kuiz ini SMAI Toh Puan muncul sebagai johannya dan sekaligus johan keseluruhan.
Pemerhatian saya dan Ustaz Hisham, soalan-soalan kuiz yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu tauhid, fekah dan bahasa Arab ini sangat menarik. Soalan-soalan merujuk kepada standard PMR, tiga peserta bagi setiap sekolah dan mereka memilih soalan antara 1 hingga 15. Pada pusingan pertama, Papar kelihatan mendahului, disaingi pada pusingan kedua dan kemudiannya dipintas oleh Toh Puan pada pusingan ketiga dan akhirnya muncul johan. Jelas sekali, para peserta umumnya agak lemah dalam kategori bahasa Arab.
Majlis penutupan dilakukan oleh Puan Hajah Apsah Haji Kudi, KPP Bahagian Khidmat Pengurusan mewakili Pengarah JHEAINS. Hanya satu saya kelihatan ralat dalam majlis ko-kurikulum ini kerana ketiadaan acara tilawah dan hafazan al-Quran yang sepatutnya menjadi acara penting kerana subjek ini diajar di sekolah-sekolah JHEAINS. Tahniah kepada semua yang terlibat, semoga tahun hadapan lebih baik dan berkualiti persembahan dan hasilnya kepada dakwah Islam di Sabah. Insya Allah.
Foto berikut sumbangan Ahmad Haji Yasin :