Walapun selalu lalu di kawasan ini, tapi sebenarnya saya tidak pernah masuk pun ke bangunan Perpustakaan Negeri Sabah, lokasi Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna. Bagus juga apabila ada tugasan menghakimi tilawah kali ini di sini. Ada tujuh orang peserta kesemuanya, dan johan qarinya melepasi markah 70% dan beliau berhasil layak ke majlis tapisan qari dan qariah pada 12-13 April di Masjid Negeri Sabah nanti.

Majlis sederhana ini dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian, Ybhg. Datuk Asnimar  Haji Sukardi dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan kementerian terutama dari tuan rumah, Perpustakaan Negeri Sabah. Yang paling menarik perhatian saya ialah kehadiran Pengarah Perpustakaan, Wong Vui Yin daripada awal sehingga majlis tilawah berakhir lengkap berpakaian melayu. Mudah-mudahan ada khabar baik selepas mendengar kalam Allah ini.

Kunjungan ke Perpustakaan Negeri Sabah memberi inspirasi untuk saya datang semula nanti ke sini.