Archive for 4 April 2011


KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

AMBILAN KHAS BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC) DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti di bawah :

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :

. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)

. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)

1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

1.1 Warganegara Malaysia.

1.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.

1.3  Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

1.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

1.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

2. SYARAT TAMBAHAN

2.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)

2.1.1 Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Level (UEC-SML).

2.2 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)

2.2.1 Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU.

3. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

3.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Bahasa Cina Pendidikan Rendah

3.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.

3.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.1.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.1.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i. Bahasa Melayu Komunikasi;

ii. Sejarah; dan

iii. Pendidikan Moral.

3.2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

3.2.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.

3.2.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.2.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.2.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i. Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;

ii. Sejarah; dan

iii. Pendidikan Syariah Islamiah.

4. CARA MEMOHON

4.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 04 April 2011.

4.2  Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

4.3  Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

4.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

4.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 APRIL 2011

6. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA, (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar). No. Telefon : 03-88841260/1254/1253/1371/1235

KONVENSYEN KEWANGAN ISLAM 2011

07 MEI 2011 (SABTU)

DEWAN SEMINAR, MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM (MASJID NEGERI SELANGOR)

PENGENALAN

Riba merupakan elemen teras yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Dasar ini telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 278 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman”

Negara Malaysia bolehlah dikira sebagai antara pelopor penting dalam perkembangan industri kewangan Islam. Penubuhan institusi kewangan Islam dalam konteks Malaysia adalah langkah penting dan praktikal bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman riba. Sejak penubuhan perbankan berteraskan syariah yang pertama pada era 80-an iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, sehingga kini telah terdapat lebih 17 buah perbankan Islam yang telah diberikan lesen operasi oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Pun begitu, sehingga ke hari ini, masih terdapat pihak-pihak yang belum memahami sepenuhnya hakikat riba dan aplikasinya dalam sistem kewangan moden hari ini. Ditambah pula dengan tohmahan-tohmahan oleh pihak-pihak tertentu yang telah menyatakan bahawa perbankan Islam pada hari juga adalah bersekongkol dengan sistem riba moden.

Perkara seumpama ini telah menambahkan lagi kekusutan yang ada selain dapat merencatkan perkembangan serta kepesatan perbankan dan kewangan Islam. Perkara ini secara langsung telah memberikan kesan terhadap tahap pematuhan serta penerimaan umat Islam terutamanya kepada produk-produk kewangan Islami.

Selaras dengan perkembangan ini, Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor [PUMSEL] terus mengatur langkah menyediakan platform perbincangan ilmiah bagi merungkai persoalan-persoalan kewangan yang melibatkan hukum Syarak. PUMSEL berpandangan isu-isu yang berbangkit ini perlulah dibincangkan secara ilmiah dan telus dalam mengemukakan solusi kepada permasalahan berbangkit.

OBJEKTIF

Antara objektif utama penganjuran program ini ialah;

1. Menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam.

2. Memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama’ muktabar.

3. Menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.

PENYERTAAN

Seminar menjemput penyertaan dari para ulama’, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

08.00 pg Pendaftaran Peserta

09.00 pg UCAPUTAMA DAN PERASMIAN

09.30 pg SESI 1 – Riba: Takrif dan Konsepnya Menerusi Al- Quran dan As- Sunnah, Oleh: Prof. Madya Dr. Abdul Aziz bin Haji Hanafi, Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah

Aplikasi Riba Dalam Sistem Kewangan Semasa: Pendirian Syariah Terhadap Penggunaan Wang Kertas, Oleh: Ustaz Mohd. Nazri bin Chik, Ketua Jabatan Shariah, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

10.30 pg Minum pagi

11.00 pg SESI 2 – Riba Dalam Perbankan Islam: Antara Persepsi dan Realiti, Oleh: Prof. Madya Dr. Mohamad Akram bin Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Sistem dan Operasi Perbankan Islam Semasa: Tinjauan dan Ulasan, Oleh: Dr. Abdul Rashid bin Dail, mantan Prof. Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Aplikasi Syariah Dalam Produk Kewangan, Oleh: Ustaz Mohd. Zamerey bin Abdul Razak, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah, Asian Finance Bank

12.30 tgh Rehat/ Makan Tengahari/ Solat Zuhur

02.30 ptg SESI 3 – Isu- Isu Semasa Riba dalam Jual Beli Emas dan Perak, Oleh: Ustaz Mohamad Fairooz bin Abdul Khair, Penyelidik Bersekutu, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia

Pengharaman Riba Serta Kaitannya Dengan Konsep Tasawwuf, oleh: Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

05.00 ptg Penutup dan Bersurai

MAKLUMAT DAN PENDAFTARAN

Konvensyen ini akan dilangsungkan bermula pendaftaran dari jam 8.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Yuran Penyertaan (Seorang) :

Agensi Kerajaan, Swasta, NGO = RM 150

Individu/ Perseorangan = RM 100

Ahli PUM = RM 70

Pelajar Ijazah Pertama/ Menengah = RM 50

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 05 Mei 2011 dengan menghubungi:

Sdra. Azmi : 013-384 0710

En Nizam : 012-291 1335

Pejabat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301

Faks : 03-5511 4302

Email : pumselangor@yahoo.com

Website : http://www.pumselangor.org

http://www.mediafire.com/?6l404jn7i29ap54 (Brouser Konvensyen)

Persatuan Ulama’ Malaysia

14B, Jalan Plumbum P7/P,

Pusat Komersial Seksyen 7,

40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5512 4300 / 03-5511 4301

Faks : 03-5511 4302

 

http://www.pum.org.my

http://ulamadaily.blogspot.com/

%d bloggers like this: