Dipetik dari blog wartawan : Syahril A. Kadir http://syahrilkadir.wordpress.com/

* 62 pegawai Kastam ditahan;

* 17 pegawai termasuk seorang yang berpangkat pengarah masih ditahan reman dan selebihnya dibebaskan atas jaminan;

* Terdapat pegawai yang mempunyai jam tangan emas, jongkong emas, kenderaan mewah serta wang tunai yang banyak;

* Seorang pegawai kanan berpangkat pengarah pula didapati memiliki wang tunai RM65,000 berselerakan dalam rumah dan masing-masing RM2.1 juta dan RM500,000 dalam dua akaun berasingan;

* SPRM turut menemui berkotak-kotak bunga api dan mercun serta rokok kretek di rumah pengarah terbabit;

* Terdapat pegawai mengaku dia menerima RM100 untuk setiap borang pengisytiharan duti K1 yang diproses sejak tempoh lima bulan yang lalu;

* SPRM turut menemui wang simpanan RM850,000 dalam sebuah akaun serta Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.

* Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi;

* Turut dijumpai menemui lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru;

* Operasi dilakukan di lima pelabuhan utama iaitu di Pelabuhan Klang, Kuantan, Pulau Pinang, Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Tangkapan paling banyak berlaku di Pelabuhan Klang;

Macam-macam yang diaorang sapu.. walaubagaimanapun ini baru peringkat  ikan-ikan bilis. Belum jumpa tukang sapu bertaraf ikan jerung. Semoga SPRM meneruskan pencarian, dan dikuatkan iman berhadapan dengan jerung-jerung yang mengganas.