Archive for 2 April 2011


Khatib : (tidak dikenali)

Lokasi : Masjid Bandar, Kota Kinabalu

Orang yang beriman mestilah memahami konsep ketaqwaan dalam kehidupan sehariannya bukan semata-mata dengan hanya menumpukan kepada ibadah khusus dan memisahkan dirinya dengan kehidupan dunia. Untuk memperbaiki kehidupan masyarakat yang semakin pincang, orang bertaqwa mesti melakukan hubungan dengan masyarakat dan bersedia  menghadapi cabaran kehidupan ini dengan bekalan taqwa.

Justeru umat Islam mesti rajin membaca dan membuat kajian terhadap perkara yang berlaku di dunia ini. Ia kemudiannya diikuti dengan pelaksanaan ajaran Islam secara positif kepada masyarakat sekelilingnya, bermula dengan diri, keluarga, jiran dan masyarakat keseluruhan. Dalam memperbaiki masyarakat yang semakin jauh dengan agama, maka ketaqwaan, keimanan dan keikhlasan para pendukung agama menjadi perkara yang paling utama sebagai bekalannya.

 

%d bloggers like this: