Penulis : Amat Juhari Moain & Ann Wan Seng

Penerbit : Mustread Sdn Bhd

Harga : RM20.00 / RM23.00

Banyak perkara menarik dan  baru saya ketahui dengan membaca buku setebal 215 muka surat ini. Sebahagiannya ketika membaca saya lajukan kerana maklum berkenaannya, sementara sebahagian lagi saya amati perlahan-lahan untuk mengambil manfaat berkenaannya.

Menjelajah bab demi bab bermula muqaddimah, bab ke-10 berkenaan instrumen dakwah menarik perhatian saya. Penulis mencadangkan agar setiap orang pendakwah agar memanfaatkan segala ruang untuk kepentingan dakwah baik melalui lisan, tulisan dan perbuatan.

Sebagai contoh mudah, ketika kita menyampaikan ucapan tahniah dan takziah, selitkanlah unsur dakwah di dalamnya seperti ‘syukur kepada Allah’, ‘bersabar atas ujian Allah’ dan seumpamanya. Pihak pentadbir yang mengadakan ikrar kepada majikan atau pelajarnya, menyelitkan unsur-unsur dalam ikrar berkenaan. Dalam tulisan, memanfaatkan brosur, buku cenderamata, risalah, makalah, iklan, jurnal, pelekat (sticker) dan seumpamanya untuk dakwah.

Keseluruhannya, buku ini memaparkan 20 bab termasuk muqaddimah dan penutup. Lain-lain 18 bab menyentuh pelbagai aspek dakwah seperti materi dakwah, sasaran dakwah, metodologi dakwah, karektor pendakwah, organisasai dakwah, modus operandi dakwah, logistik dakwah, psikologi dakwah dan lain-lain lagi.