Archive for 19 Mac 2011


MTQ DBKK

Alhamdulillah, Majlis Tilawah al-Quran peringkat warga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berlangsung lancar pada pagi khamis dengan penyertaan 10 orang peserta qari dan qariah. Saya bersama rakan-rakan – Ustaz Haji Ibrahim Kisab, Ustaz Mohd Hailmi Misbah dan Ustaz Romzi Abdul Rahman diamanahkan sebagai hakim MTQ berkenaan.

Saya positif dalam hal penganjuran MTQ di peringkat jabatan-jabatan dan kementerian kerana memandang daripada segi dakwahnya masih ramai umat Islam yang gagal membaca al-Quran dengan baik dan tidak tahu asas-asas ibadah dalam Islam. Penganjuran program seumpama ini walaupun kecil-kecilan dan sederhana memberi ruang mereka mengendalikan majlis yang baik dan sebahagian kecil mereka memperdengarkan tilawah kepada yang hadir.

Dalam ulasan saya di hadapan audien tempohari, saya ada mencadangkan kelas-kelas al-Quran diadakan dan digiatkan untuk warga DBKK mendalami asas-asas pembacaan al-Quran yang betul menurut peraturannya. Semoga MTQ DBKK ini ada manfaatnya untuk semua.

 

 

Ceramah Tuan Guru Haji Baqi Osman dari Pahang malam jumaat lalu mengambil masa hampir 3 jam di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral apabila beliau menghuraikan secara panjang lebar berkenaan hukum hakam serta tuntutan zakat serta infaq di dalam Islam. Pelaksanaan zakat dan infaq menurut peraturan yang sebenarnya akan memberi kesan dalam kehidupan umat Islam sama ada daripada segi ekonomi, ukhuwwah serta siasah Islamiyyah.

 

%d bloggers like this: