Archive for 17 Mac 2011


MAKAN BERSAMA

Barangkali dalam kesibukan bekerja dan beraktiviti di luar, menyediakan masa berkualiti bersama keluarga adalah sangat penting meskipun masanya hanya seketika. Dalam keluarga besar kami (sebelah isteri), dahulunya kerap juga kami meluangkan masa dengan makan beramai-ramai di luar rumah masing-masing. Saya rasa aktiviti seumpama ini amat baik untuk mengeratkan ukhuwah keluarga.

Baru-baru ini kami berkesempatan untuk menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Lintas, meski ada yang berhalangan kerana tugasan lain. Menunya  di sini boleh tahan dan anak-anak semuanya gembira, walaupun saya tidak dapat menanti sehingga ke hujung kerana program yang sudah diatur.

 

 

 

%d bloggers like this: