Archive for 15 Mac 2011


Mulai 13hb Mac 2011, Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah melancarkan program kursus ‘Tahsin Solat’ secara bersiri dua minggu sekali setiap hari ahad di dewan solat Masjid Negeri Sabah bermula jam 8.00 pagi (pendaftaran) dengan yuran RM10 sahaja. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh JK Syukbah, antaranya menambah dan menggabung tajuk-tajuk tertentu agar lebih padat dan bersesuaian.

Pada siri pertama 13hb Mac lalu, kursus yang menerima kehadiran hampir 100 peserta ini menyentuh berkenaan toharah (bersuci) sebagai muqaddimah kepada pelaksanaan ibadah solat. Antara yang disentuh ialah tentang pembahagian jenis air, jenis najis, istinjak, wudhu’ dan lain-lain lagi. Pembimbing kali ini ialah Ustaz Ezri, guru agama dari SMK Tebobon. Ustaz Ezri berasal dari Melaka dan pernah menuntut di Yaman dan Mesir.

Siri seterusnya diadakan pada 27 Mac 2011, menyambung huraian berkenaan bersuci, juga oleh Ustaz Ezri. Semua dijemput hadir.

Kehadiran jamaah surau malam minggu lalu amat memberangsangkan dan berbaloi dengan pengisian yang bermanfaat oleh kedua-dua panel forum berkenaan meski notis diberikan saat akhir oleh pihak penganjur khususnya Ustaz Mohammad Suaid, Timbalan Pengerusi Surau kepada jamaah menjelang asar.

Asalnya, hanya program ceramah bakal disampaikan oleh Ustaz Faisal Asaari yang datang dari UKM. Namun kami dimaklumkan keberadaan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dari Pahang yang hanya meninggalkan bumi Kota Kinabalu pada jam 9 malam, justeru kehadiran beliau dimanfaatkan sebentar bagi mengisi forum berkenaan ‘keruntuhan rumahtangga menurut Islam’.

Kupasan menarik oleh kedua-dua penceramah ditambah lagi dengan idea-idea kreatif pengerusi panel, Ustaz Haji Mohd Syahir Ismail dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Gaya Kota Kinabalu menarik tumpuan hampir 200 jamaah yang hadir. Semoga program sedemikian mendatangkan manfaat kepada semua.

%d bloggers like this: