Archive for 11 Mac 2011


ANTARA BKPSM DAN PUM

Saya antara orang yang paling gembira apabila hasrat menemukan pimpinan dan aktivis Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Sabah dengan exco dan ahli Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) yang berlangsung di bilik mesyuarat Masjid Negeri Sabah berjalan lancar sehingga ke tengah malam tadi. Saya utarakan niat awal itu kepada beberapa AJK PUM Sabah dan wakil BKPSM, lalu hasrat itu disambut baik oleh semua.

Objektif kami ialah untuk membuat jaringan awal antara kedua pihak agar sekembalinya mereka dari pengajian di bumi Mesir akan terlibat dalam kerja-kerja dakwah. Bukan semata-mata untuk graduan pengajian Islam bahkan juga untuk yang lain (tanpa menafikan perubatan juga termasuk dalam ilmu Islam). Kelebihan-kelebihan yang mereka miliki seperti kepakaran dalam ilmu perubatan (bagi pelajar perubatan) sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk program dakwah bilhal.

Nasihat-nasihat Ustaz Haji Muchlish yang sangat bermanfaat, sebenarnya bukan hanya untuk tetamu kami daripada kalangan BKPSM, bahkan untuk kami juga yang nakal-nakal ini. Ustaz menasihati dalam banyak hal terutama keperluan orang agamawan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Begitu juga dalam penampilan diri harus dititikberatkan sehingga para ustaz dan ustazah boleh dipercayai orang awam.

Banyak input-input menarik, soal jawab tentang PUM-BKPSM antara kedua-dua pihak dan akhirnya diulas dengan baik sekali oleh Ustaz Haji Muchlish. Program berakhir pada jam 12 tengah malam.

Saya hadir bersama sahabat-sahabat lain, diamanahkan sebagai panel juri untuk pelbagai pertandingan untuk anak-anak sekolah agama negeri (SAN) kelolaan JHEAINS di peringkat daerah Kota Kinabalu. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah tilawah al-Quran, menghafaz al-Quran, syarahan dan kemahiran membaca (bahasa Arab).

Alhamdulillah, majlis penangguhan disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pendidikan Ustaz Haji Saifuddin Daud di hadapan kita-kira 200 tetamu yang hadir termasuk para guru, pelajar dan ibu bapa. Saya bersetuju dengan saranan beliau agar kemahiran seumpama ini diperkukuhkan di kalangan pelajar rendah lagi.

%d bloggers like this: