Archive for 10 Mac 2011


Arkib foto Abu Nuha

KP JAKIM tegur pendakwah imej pegawai – Utusan Malaysia (Dalam Negeri/24)

Pendakwah yang tebal dengan imej ‘kepegawaian’ – selesa bertali leher, berkot dan duduk di kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, ditegur supaya segera menukar pendekatan itu dengan lebih giat turun padang mencari ‘kerja’.

Ketua Pengarah JAKIM, Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz menegaskan, pendakwah, termasuk pegawai JAKIM perlu pada setiap masa bersikap terbuka bagi mendengar menerima pandangan serta teguran pihak lain. Lima etika digariskan yang perlu dipatuhi oleh setiap pegawai JAKIM iaitu mempunyai hala tuju atau objektif, melakukan penyelidikan, menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran, membina jiwa pejuang dan bersepakat dengan pelbagai pihak secara bijaksana bagi memantapkan kerja-kerja dakwah.

Kenyataan beliau dikeluarkan dalam satu majlis di Kota Kinabalu.

Semangat awal minggu anak-anak hendak ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kerana hendak menggayakan pakain seragam baru PASTI. Sejak melihat seragam baru ini, itu sajalah yang berulang disembangkan Hana dan Hadi. Cantik juga sebenarnya rekaan seragam terbaru ini.

Awal pagi lagi Hana dan Hadi menggayakan pakaian seragam mereka di hadapan saya. Namun yang penting mudah-mudahan mereka semakin bersemangat belajar di PASTI al-Fathonah.

%d bloggers like this: